ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MURRAY ENERGY CORPORATION AKAN MENGADAKAN PANGGILAN PERSIDANGAN PELABUR BERHUBUNG KEPUTUSAN KEWANGAN DAN OPERASI UNTUK SUKU TAHUN KEEMPAT DAN TAHUN BERAKHIR 2018

Tuesday 12/03/2019



ST. CLAIRSVILLE, Ohio, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Murray Energy Corporation ("Murray Energy") mengumumkan bahawa ia akan mengadakan satu panggilan persidangan pelabur untuk membincangkan mengenai keputusan kewangan dan operasi bagi suku tahun keempat dan tahun berakhir 2018 pada Khamis, 21 Mac, 2019, pada pukul 11:00 pagi, Waktu Siang Timur. Akses kepada panggilan persidangan pelabur itu akan dihadkan kepada pemegang bagi: Kemudahan Pinjaman Bertempoh Bercagar Keutamaan yang matang pada 2022 (secara kolektif “Pinjaman Bertempoh Bercagar Keutamaan”), yang bertarikh 29 Jun, 2018, Kemudahan Pinjaman Bertempoh Bercagar yang matang pada 2020 (secara kolektif “Pinjaman Bertempoh Bercagar Senior”), yang bertarikh 16 April, 2015, sebagaimana yang dipinda; Nota Bercagar Senior 12% yang matang pada 2024 (“Nota Bercagar Senior Lien 1.5”), yang bertarikh 29 Jun, 2018; Nota Bercagar Senior 11.25% yang matang pada 2021 (“Nota bercagar Senior Lien Kedua”) yang bertarikh 16 April, 2015, sebagaimana yang dipinda; Kemudahan Kredit Pusingan dan kemudahan FILO (secara kolektif “Kemudahan Kredit Pusingan”) yang bertarikh 5 Disember, 2013, sebagaimana yang dipinda dan dinyatakan semula pada 29 Jun, 2018; dan broker-peniaga dan penganalisis sekuriti tertentu.

Murray Energy telah memaparkan arahan khusus tentang bagaimana untuk mengakses panggilan persidangan pelabur itu di laman web pelabur Murray Energy yang selamat, yang boleh diakses oleh pengguna yang diperakui melalui halaman “Pelabur” di laman web awam kami di www.murrayenergycorp.com.

Sekiranya anda adalah seorang pemegang Pinjaman Bertempoh Bercagar Keutamaan, Pinjaman Bertempoh Bercagar Senior, Nota Bercagar Senior Lien 1.5, Nota Bercagar Senior Lien Kedua, Kemudahan Kredit Pusingan, atau seorang broker-peniaga atau penganalisis sekuriti yang berkelayakan, yang ingin mengakses laman web pelabur yang selamat itu, tetapi belum lagi diperakui oleh Murray Energy, sila lihat halaman "Pelabur" di www.murrayenergycorp.com untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan perakuan. 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190311005578/en/


Hubungi

Jason D. Witt
Penolong Penasihat Am dan
Pengarah bagi Perhubungan Pelabur dan Media
(740) 338-3100 (telefon)
investors@coalsource.com (e-mel)

Sumber : Murray Energy Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.