ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MAJIKAN GAGAL BAYAR CARUMAN PEKERJA WALAUPUN GAJI DIPOTONG

Wednesday 13/03/2019



KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Baru-baru ini telah tular berita di media cetak dan sosial melibatkan satu kemalangan di tempat kerja ke atas pekerja bernama Cik Noor Sykira Syazlin Binti Mat pada 23 Februari 2019 yang menyebabkan tubuh badannya terbakar sebanyak 52%. Beliau serta merta telah ditempatkan di wad ICU kerana keadaannya kritikal. Pekerja ini merupakan seorang pekerja di sebuah kilang yang beroperasi di Bukit Rambai, Melaka.
 
PERKESO menerusi Skuad PERKESO Prihatin telah mengambil tindakan segera ke kilang berkenaan pada hari yang sama bagi memastikan kes ini dilaporkan oleh pihak majikan. Oleh kerana kemalangan ini dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan, maka Faedah Hilang Upaya Sementara pertama telahpun dibayar kepada Cik Noor Sykira Syazlin Binti Mat pada 11 Mac 2019 bagi tempoh beliau diwadkan mulai tarikh kemalangan sehingga 10 Mac 2019.  Di samping itu, PERKESO akan menanggung semua kos rawatan Hospital Kerajaan secara percuma.
 
Siasatan telah dijalankan didapati majikan pekerja berkenaan telah memotong gaji pekerja tetapi caruman tidak dibayar kepada PERKESO. Majikan turut didapati telah gagal membayar caruman bukan sahaja untuk pekerja ini malahan melibatkan kesemua pekerja mereka bagi tempoh Julai 2018 hingga Jan 2019. Majikan hanya membayar tunggakan caruman terbabit melibatkan semua pekerja pada 11 Mac 2019 selepas kemalangan berlaku.

Hasil siasatan juga mendapati majikan telah lewat mendaftar pekerja ini kerana hanya mendaftar pekerja ada 11 Mac 2019 sedangkan beliau telah diambil bekerja mulai 17 Disember 2018. Kelewatan ini merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 5, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Justeru itu, PERKESO akan mencadangkan bahawa majikan untuk didakwa kerana gagal membayar caruman dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dihukum dibawah seksyen 94 iaitu penjara 2 tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00 atau keduanya. Majikan juga akan dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar dibawah seksyen 14A, Akta 4.
 
PERKESO juga akan menimbangkan untuk mengambil tindakan dibawah seksyen 48, Akta 4, bagi menuntut dua kali ganda jumlah caruman yang majikan telah mungkir atau cuai membayar caruman yang bertanggungan bagi faedah orang itu untuk dibayar mengikut kadar yang sepatutnya dia berhak.
 
Pertubuhan Keselamatan Sosial
13 Mac 2019


SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Ketua Unit Perhubungan Awam & Media
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan 
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
Tel : +603 4264 5000 / +603 4264 5194
Faks : +603 4256 7798 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.