ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  PELANTIKAN DEBORAH KIRKHAM SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF POLE TO WIN

Wednesday 13/03/2019



Dalam peranannya, Kirkham akan bertanggungjawab terhadap peningkatan berterusan syarikat, memberi tumpuan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pemerolehan dan pengekalan pelanggan
 
SAN FRANCISCO, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pole To Win International, Inc. (PTW), peneraju industri permainan video dan penyumberan luar perkhidmatan teknologi hari ini mengumumkan pelantikan Cik Deborah Kirkham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat (CEO) berkuatkuasa Januari 2019. Sebelum ini, Kirkham adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO), jawatan yang dipegangnya selama lapan tahun. Dalam peranan barunya, Kirkham akan bertanggungjawab terhadap peningkatan syarikat yang berterusan, memberi tumpuan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), serta pemerolehan dan pengekalan pelanggan.

Pada mulanya, Kirkham menyertai e4e, kemudian dibeli oleh anak syarikat PTW, hampir 10 tahun lalu, PTW beroperasi di tiga negara dengan kurang daripada 500 pekerja di seluruh dunia. Di bawah kepimpinannya, PTW, yang mana beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, PTW telah berkembang kepada lebih 1,800 pekerja dalam 16 studio di 10 negara seluruh dunia. Dalam peranannya sebagai Presiden dan COO, syarikat ini meraikan peningkatan sebanyak dua digit tahun-ke-tahun dengan pengesanan 2019 pada kadar yang sama. Di samping itu, pada bulan Julai 2018, Kirkham menerajui penstrukturan semula korporat yang lengkap dan jenama syarikat direka semula untuk memupuk pertumbuhan positif, mengoptimumkan perhubungan pelanggan, pembela kesaksamaan jantina dan keragaman tempat kerja di PTW, serta memperkuatkan tapak serantau untuk lebih automotif dan beroperasi secara komersial.
 
“PTW dalam DNA saya. Saya cinta syarikat ini seperti kepunyaan saya dan dengan peranan baru saya sebagai CEO, komitmen saya kepada pekerja, pelanggan dan rakan kongsi kami hanya akan bertambah lagi. Perkembangan geografi pada kebelakangan ini, terutama di Kanada, Asia, India dan Eropah, telah menempatkan PTW untuk meneruskan perjalanan kami justeru membolehkan pelanggan kami membawa kisah mereka ke seluruh dunia. Apabila PTW diberikan peluang untuk melaksanakan kerja, kami sentiasa berjaya menyampaikannya – itulah yang menjadikan syarikat ini hebat,” kata Deborah Kirkham, Ketua Pegawai Eksekutif PTW. “Saya amat berbesar hati kepada lembaga pengarah yang mengiktirafkan saya sebagai seorangan pemimpin yang akan, dengan penjajaran dan tumpuan pasukan eksekutif saya, boleh menyempurnakan tugasan yang diberi.”
 
Kirkham menggantikan Encik Teppei Tachibana, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Tachibana mengumumkan pada Disember 2018 bahawa beliau akan turun dari jawatan ini selepas hampir sembilan tahun sebagai CEO PTW. Beliau kini akan menjadi Pengerusi PTW dan mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Poletowin Pitcrew Holdings Inc., di mana PTW adalah anak syarikat.

Semasa ditanya mengenai pelantikan Kirkham kepada peranan CEO, Tachibana berkata: “Deborah adalah rakan perniagaan yang tidak ternilai. Kami telah bekerjasama selama hampir satu dekad dan banyak berkongsi kesusahan dan kegembiraan. Saya menghormati semangat dan kebijaksanaan dia, dan saya percaya bahawa, di bawah kepimpinannya, perniagaan syarikat ini akan berkembang ke pasaran dunia sambil menjadi nama sebutan orang ramai. Dengan rekod prestasi yang kukuh terhadap perningkatan positif dalam perniagaan, Deborah membawa perspektif baru kepada syarikat ini. Lembaga Pengarah gembira untuk melantik Deborah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.”
 
Pole To Win Co., Ltd., ditubuhkan pada 1994, dan PTW telah berkembang dengan pesat dan teguh, dengan menubuhkan jenama sebagai penyedia global terkemuka kepada pelbagai pasaran yang berfokus kepada teknologi. Pusat-pusat syarikat berteknologi global PTW beroperasi di dalam industri permainan video, media hiburan interaktif, e-pembelajaran, e-dagang, dan pasaran Internet (IoT). PTW memberi tumpuan untuk membantu syarikat-syarikat pengeluaran dan pembangunan seperti ini untuk menyediakan produk mereka untuk pemasaran di seluruh dunia.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PTW dan rangkaian perkhidmatan global kami, sila layari: https://www.ptw.com/.
 
Mengenai Pole To Win International
 
Pole To Win International, Inc. (PTW) adalah penyedia penyelesaian bagi permainan terkemuka, hiburan digital dan media interaktif. Kami mempunyai 16 buah studio di 10 negara seluruh dunia. Perkhidmatan kami termasuk jaminan kualiti, penyetempatan, pengalaman pelanggan, kejuruteraan dan pembangunan, serta perkhidmatan pengeluaran audio. Dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman industri dan infrastruktur, Pole To Win Co., Ltd. dan PTW dapat mewujudkan dan memberikan sokongan yang disuaikan khusus untuk projek dan pelanggan.
 
PTW, adalah syarikat induk yang berpangkalan di United Kingdom yang dibentuk pada tahun 2016 di bawah payung Poletowin Pitcrew Holdings,Inc. yang disenarai di Seksyen 1 Bursa Saham Tokyo sebagai 3657. POLE TO WIN adalah tanda dagangan berdaftar Pole To Win Co., Ltd di Jepun dan negara-negara lain. Hak cipta terpelihara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ptw.com/.
 
Tetap berhubung dengan PTW di Facebook, Twitter dan LinkedIn.

Kenalan Media:
 
Allison DeLeo
Racepoint Global untuk Pole To Win International
Telefon: +1 (415) 694-6700
ptw@racepointglobal.com  

SUMBER: Pole To Win International, Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.