ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LUCIDWORKS MENGAMBIL ROBERT LAU SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI UNTUK PASARAN MEMBANGUN GLOBAL DAN APAC

Wednesday 13/03/2019



Robert Lau membina kehadiran dan strategi pergi ke pasaran Lucidworks dalam Pasaran Membangun Global, termasuklah rantau Asia Pasifik
 
SAN FRANCISCO dan HONG KONG, 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lucidworks, peneraju dalam aplikasi carian dikuasakan AI, hari ini mengumumkan pengambilan Robert Lau sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk Pasaran Membangun Global dan APAC. Lau berpengalaman selama lebih daripada dua dekad dalam kejuruteraan, pemasaran, jualan dan operasi dalam industri perisian dan yang terbaru, memimpin operasi APAC di Splunk dan Elastic. Disebabkan Lucidworks akan mula meluaskan perniagaannya di rantau Asia Pasifik dan selanjutnya, Lau dan pasukannya akan membina kerjasama strategik baharu, meningkatkan kesedaran jenama dan menyokong Lucidworks dalam pasaran membangun tersebut.
 
Lucidworks melihat rantau Asia Pasifik sebagai kawasan penting untuk peluasan dan pembangunan perniagaan, dengan keperluan meningkat untuk perdagangan digital dan penyelesaian tempat kerja digital untuk membantu organisasi lebih memahami dan membantu pelanggan dan pekerja mereka. Tambahan pada pengambilan Lau, pekerja juga telah digandakan pada tahun lalu dalam jangkaan peningkatan global ini. Operasi telah ditubuhkan di Australia, Hong Kong, India, Thailand, Jepun, Korea dan Singapura dan pasukan ini memfokuskan pada membina ekosistem rakan kongsi yang efektif dalam membantu pelanggan dalam pasaran tersebut. Dalam separuh kedua tahun, Lucidworks juga akan mengembangkan kehadirannya di rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA).
 
“Rantau Asia Pasifik mengalami perubahan daripada web 2.0 ke 3.0 dengan pembangunan pesat rangkaian 5G yang diketuai oleh pengendali rantau, mencipta keperluan baharu untuk penyelesaian perusahaan pintar” kata Lau. “Majoriti pengguna kini memilih untuk membeli keperluan dan keinginan harian mereka secara dalam talian dan mereka menjangkakan pengalaman pengguna yang sangat diperibadikan. Fusion Lucidworks akan memberikan nilai yang terbaik kepada organisasi yang bermodalkan pasaran digital ini. Saya bangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan eksekutif Lucidworks dan kami akan terus berkongsi komitmen kami kepada inovasi dengan bakal rakan kongsi dan pelanggan kami.”
 
Fusion Lucidworks menggabungkan pembelajaran mesin dan teknologi AI ke dalam aplikasi carian, memberikan penyelesaian bertaraf dunia kepada syarikat seperti Lenovo, Home Depot, HSBC, dan Lowe’s untuk meningkatkan penukaran dan keuntungan sehingga 60%. Selain peruncit dalam talian, Lau dan pasukannya juga akan memfokuskan pada transformasi tempat kerja digital yang akan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pekerja, membina pengalaman data yang lebih baik untuk meningkatkan kepuasan kerja dan memudahkan usahasama antara pekerja serta mencipta manfaat persaingan untuk pelanggan.
 
“Kami telah berkembang dengan sangat pesat sebagai sebuah syarikat pada tahun lepas” ujar CEO Lucidworks, Will Hayes. “Robert Lau merupakan salah satu pengambilan strategik utama kami yang akan memainkan peranan utama dalam perkembangan kami merentas pasaran antarabangsa. Pengalaman beliau dalam membina dari awal operasi antarabangsa yang berjaya menjadikan kami yakin bahawa beliau akan mengetuai syarikat ini ke arah kejayaan yang sama yang kami ada di Amerika Utara dan kami menanti-nantikan bimbingannya sementara kami terus berkembang.”
 
Perihal Lucidworks
Lucidworks membina penyelesaian dipacu carian untuk beberapa jenama terbesar dunia. Fusion, platform pembangunan lanjutan Lucidworks, menyediakan kemampuan bergred perusahaan yang diperlukan untuk mereka bentuk, membangunkan dan mengerahkan app carian pintar pada sebarang skala. Syarikat merentas semua industri, daripada peruncitan pengguna dan penjagaan kesihatan hingga ke perkhidmatan insurans dan kewangan, bergantung pada Lucidworks setiap hari untuk menguasakan app carian berteraskan pengguna dan perusahaan mereka. Pelabur Lucidworks termasuklah Shasta Ventures, Granite Ventures dan Walden International. www.lucidworks.com

Maklumat Hubungan
Katie Florez
Pengurus PA
513-470-7253
katie.florez@lucidworks.com
 
Sumber: Lucidworks
 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.