ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  HARBOUR CITY MEMPAMERKAN SENI KONTEMPORARI DENGAN PAMERAN KESENIAN HARBOUR 2019

Thursday 14/03/2019



HONG KONG, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat beli-belah terbesar di Hong Kong Harbour City akan menganjurkan edisi ketiga Pameran Kesenian Harbour di Hotel Marco Polo Hongkong yang bersambungan, sekali gus mengubah lebih daripada 50 buah bilik hotel menjadi satu pameran kaleidoskop bagi seni kontemporari.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190313005317/en/

Pada masa yang sama, pameran khas “Art in Life” akan diadakan di pusat beli-belah itu untuk membawa seni agar lebih dekat dengan orang ramai. Diadakan secara percuma untuk tontonan orang ramai, tiga orang artis dari Korea Selatan - Jang Se Il, Lee Sung Ok dan Henn Kim - akan mengadakan pameran solo pertama mereka di Hong Kong di Harbour City untuk memberi peluang kepada semua orang dengan penemuan artistik.

Pameran Kesenian Harbour 2019

Pameran itu mempunyai satu senarai galeri yang terkenal, termasuk Projek Hatch Art dari Singapura, Projek AHC dari Jerman, Seramik dan Seni Karen Wong dari Hong Kong.
   
Tarikh: 29 Mac – 1 April 2019
   
Pratonton VIP dan Media     29 Mac 2019 (Jumaat) 12:00 tengah hari – 8:00 malam
Kemasukan Umum     30 Mac – 1 April 2019 (Sabtu – Isnin) 12:00 tengah hari – 8:00 malam
   
Tempat: Hotel Marco Polo Hongkong
Kemasukan Umum: HK$100 bagi setiap tiket
Laman web: www.harbourartfair.com

Tiket boleh didapati di lokasi berikut di dalam Hotel Marco Polo Hongkong semasa tempoh pameran itu:
  • Lobi sebelah barat (berdekatan Dermaga Star Ferry)
  • Meja maklumat yang terletak di hadapan lif pada 12/F
Pameran Khas “Art in Life”

1. “The Wave of Coexistence” oleh Jang Se Il

Jang Se Il menggunakan geometri bersudut dan garis lurus untuk menggambarkan haiwan seperti ikan lumba-lumba dan beruang kutub, untuk meneroka bagaimana haiwan bertindak balas terhadap persekitaran buatan manusia yang berubah dengan pantas.

2. “Sound of Nature” oleh Lee Sung Ok

Lee Sung Ok mencipta satu siri serangga gantung yang diperbuat daripada keluli tahan karat bagi menyokong keinginan beliau untuk mempertahankan alam sekitar di tengah-tengah kerosakan buatan manusia yang meluas. Permukaan mereka yang refleksif mengingatkan  penonton untuk merenung sejenak perhubungan mereka dengan alam sekitar.

3. “My Black Rainbows” oleh Henn Kim

Dengan ilustrasi monokrom beliau yang terkemuka, ilustrasi Henn Kim menggambarkan sebuah dunia emosi yang mengasyikkan – sebuah dunia moden yang kesepian, kekeliruan dan kekangan dengan satu sentuhan fantasi.

Tarikh: 12 Mac – 3 April 2019
Tempat: Pekarangan Ocean Terminal, Gallery oleh Harbour, Atrium II oleh Gateway Arcade @ Harbour City

Laman web: www.harbourcity.com.hk Talian Penting Pertanyaan: (852) 2118 8666

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190313005317/en/

Hubungi

Pertanyaan Media dan Urusan untuk Pratonton - Harbour City Estates Limited
Winney Leung (852) 2118 8817 winneyleung@harbourcity.com.hk
Erica Ng (852) 2118 8622 ericang@harbourcity.com.hk

Sumber : Harbour City Estates Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.