ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 07, 2024 -Selasa

 
  DISAHKAN DENGAN MICROSOFT SKYPE FOR BUSINESS, PATTON MEMPERKENALKAN INTEGRASI DIKUASAKAN AWAN

Wednesday 20/03/2019



Gerbang VoIP SmartNode dan eSBC, disahkan oleh TekVizion, mengintegrasikan telefoni legasi, komunikasi ALL-IP—atau kedua-duanya serentak—dengan Skype for Business

VoIP SmartNode™ … Bukan Hanya Bercakap!

GAITHERSBURG, Md., 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton— penyedia penyelesaian pendayaan berpusat di AS untuk komunikasi bersepadu (UC), UC sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan Awan—kini mengumumkan semua produk VoIP SmartNode versi 3.X—termasuk Virtual SmartNode (vSN)—adalah disahkan untuk saling boleh kendali dengan Skype for Business (SfB).

Produk SmartNode disahkan oleh TekVizion, makmal yang diperakui oleh Microsoft, dalam kategori SBC dan gerbang dipertingkatkan serta serasi dalam versi akan datang dengan Microsoft Teams. 

>>Sijil Pengesahan: Patton SBC/Gateway 3.X 

Perkhidmatan orkestrasi pinggir Awan Patton memudahkan lagi untuk mengaktifkan, mengkonfigurasi dan mengurus sambungan didayakan SmartNode dengan Skype for Business pada premis atau dihoskan.

Selain daripada mendayakan peralihan perusahaan kepada ALL-IP menggunakan SfB, produk CPE VoIP Patton juga menyokong sistem telefoni legasi sedia ada semasa penghijrahan, atau selama-lamanya.

"Eksekutif tahu bahawa komunikasi berkesan dengan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja adalah penting untuk pertumbuhan yang berterusan," kata Robert R. Patton (Bobby), Presiden dan CEO.

“Tetapi, masih banyak organisasi yang beroperasi pada hari ini menggunakan komunikasi suara Sistem Kunci atau PBX TDM yang tradisional. Dengan saling boleh kendali disahkan bersama Skype for Business, Patton membolehkan perniagaan tersebut bersambung dengan dunia IP, memberikan mobiliti yang ditingkatkan, kerjasama pasukan yang dipertingkatkan, penglibatan pelanggan yang dinaikkan dan produktiviti yang lebih tinggi” kata En. Patton.
 
Dengan memasang gerbang VoIP SmartNode dan pengawal sempadan sesi syarikat (eSBC), organisasi boleh memanfaatkan penjimatan kos dan faedah produktiviti penyelesaian UC dan UCaaS SfB sementara mengekalkan pelaburan dalam PBX analog atau digital yang berfungsi dan kelengkapan faks, telefon, speaker, interkom serta sistem penghalamanan—tanpa mengabaikan kesambungan PSTN tradisional.

Dikenali sebagai CPE VoIP “paling saling boleh kendali” di dunia, SmartNode menawarkan semua antara muka telefoni yang standard, supaya syarikat boleh saling menyambungkan secara lancar semua rangkaian hibrid atau ALL- IP mereka, perkhidmatan FXS/FXO POTS sedia ada, talian ISDN BRI/PRI dan sistem telefoni SIP yang sepatutnya tidak serasi ke SfB.

En. Patton meneruskan: “Dengan menyediakan akses universal kepada platform komunikasi dan kolaborasi bersepadu (UCC) SfB yang berkuasa tinggi, Patton menyediakan mobiliti ditingkatkan, kerjasama pasukan yang dipertingkatkan, penglibatan pelanggan yang dinaikkan dan produktiviti yang lebih tinggi untuk perusahaan”.

Untuk membolehkan pemasangan bebas masalah, Patton menerbitkan Panduan Konfigurasi SfB untuk Produk SmartNode  yang percuma.

Dalam berita berkaitan, sebagai Microsoft membuka pusat datanya yang pertama di Afrika, Patton menjadikan melantik dua pemimpin baru meluaskan operasi di EMEA.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e9e5ba97-b119-447f-8fa8-faf3072dcd5d

Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com 

Sumber: Patton Electronics Co.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.