ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  AJC MENGENDALIKAN PROGRAM LATIHAN INTERPRETASI UNTUK PENGURUSAN PELANCONGAN MAPAN DI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO LUANG PRABANG, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS

Wednesday 27/03/2019



TOKYO, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah mengadakan satu “Program Latihan Lanjutan mengenai Interpretasi” dari 27 Februari hingga 1 Mac, 2019 di Luang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Laos, bersama dengan Jabatan Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Wilayah Luang Prabang dan GIZ (Deutsche Gesellschaft fuer Internationale Zusammenarbeit) *. Program ini merupakan satu aktiviti lanjutan bagi program latihan mengenai interpretasi di Jepun, yang telah dijalankan pada November 2018, di Tokyo dan Shizuoka, dengan penyertaan oleh pengurus-pengurus tapak bagi taman negara/tapak warisan semula jadi dan pegawai-pegawai dari pejabat pengurusan pelancongan dan sumber asli kebangsaan dari lapan buah Negara Anggota ASEAN.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190326006039/en/


Interpretasi adalah satu kemahiran berkomunikasi untuk membantu pelawat memahami dan menghargai nilai sumber pelancongan di kawasan yang dilawati. Pemahaman yang lebih baik mengenai nilai itu akan membawa kepada pemuliharaan sumber pelancongan dan pengurusan pelancongan yang mapan. AJC telah menganjurkan program-program untuk menyebarkan keperluan bagi Interpretasi di tapak-tapak warisan utama di Negara-Negara Anggota ASEAN, agar dapat mencapai pelancongan yang mapan di rantau itu dengan menggunakan sumber-sumber pelancongan mereka yang berharga.

Sepuluh peserta dari Negara-Negara Anggota ASEAN yang menyertai latihan itu di Jepun pada November lalu telah memperdalamkan lagi pemahaman mereka tentang bagaimana untuk menggunakan kaedah interpretasi bagi meningkatkan perkhidmatan pelancongan/pengurusan bagi tapak warisan di negara masing-masing. Program latihan itu termasuk lawatan tapak ke bandar raya Warisan Dunia UNESCO Luang Prabang, sebuah seminar, dan bengkel latihan yang dipermudah cara oleh seorang pakar dari Jepun.

Kira-kira 50 pihak berkepentingan pelancongan tempatan di Luang Prabang, termasuk pegawai pelancongan wilayah, pemandu pelancong, syarikat pelancongan, persatuan pelancongan dan jurulatih dari universiti/kolej teknikal telah mengambil bahagian di dalam seminar dan bengkel mengenai interpretasi itu. Bagi kebanyakan peserta, ini adalah kali pertama mereka belajar tentang interpretasi, dan lebih daripada 90% peserta melaporkan bahawa mereka telah mendapat pengetahuan baharu dan memperdalamkan pemahaman tentang interpretasi. Banyak pengusaha pelancongan yang menyertai bengkel itu juga melaporkan bahawa mereka ingin memperbaiki produk pelancongan mereka dengan menggunakan kaedah interpretasi. Seorang pengendali pelancongan menyatakan bahawa “kami akan mengambil nasihat daripada pakar dan melatih pemandu pelancong kami untuk membantu mereka meningkatkan tahap keyakinan dan memberi pengalaman yang lebih bermanfaat kepada pelawat”.

Program itu termasuk lawatan tapak ke Luang Prabang Heritage City Walk dan Taman Negara/Air Terjun Kuang Si yang merupakan tarikan pelancong utama di bandar raya itu. Pensyarah dan peserta telah membincangkan teknik-teknik bagi pemandu pelancong dalam menggunakan kaedah interpretasi, dan cara-cara untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang bertanggungjawab bersama-sama dengan masyarakat tempatan.

Pada akhir bengkel itu, semua peserta telah menyertai perbincangan kumpulan untuk mereka bentuk program-program eko-pelancongan dengan menggunakan contoh-contoh sebenar di kawasan Luang Prabang, di mana mereka menerima nasihat konkrit dan bimbingan dari pakar Jepun untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mereka bentuk produk pelancongan.

Pusat ASEAN-Jepun

Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah mempromosikan eksport dari ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.
URL: https://www.asean.or.jp/en/

* GIZ melaksanakan sebuah projek yang diberi nama “Luang Prabang – Kendali dengan Cermat” di Luang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Laos
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190326006039/en/


Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Junko Nukiyama
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.