ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​FPGA T20 EFINIX® TRANSITIONS TRION™ KE PENGELUARAN VOLUM TINGGI; MELUASKAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF BERFOKUS PADA JUALAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Thursday 28/03/2019



SANTA CLARA, Calif., 28 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, peneraju dalam platform dan teknologi produk pemprograman, hari ini mengumumkan transisi FPGA T20 Trion™ ke pengeluaran volum tinggi. Melancarkan sampel T20 beberapa bulan singkat yang lalu, Efinix telah mencapai pencapaian ini dengan pantas, menepati tempahan pelanggan untuk beberapa juta unit.

“Penerimaan pasaran untuk FPGA T20 Trion di seluruh dunia, dalam kata lain – sangat memberangsangkan,” kata Ming Ng, SVP operasi dan aplikasi. “Memacu masa depan perkomputeran AI adalah misi kami dan pengeluaran volum adalah satu langkah penting dalam hala tuju itu.”

Berdasarkan Jing Kuo, VP jualan dan pembangunan perniagaan Efinix untuk China, dalam enam bulan yang lalu, Efinix telah terlibat dengan lebih daripada 100 pelanggan, “FGPA Trion yang rendah kuasa, faktor bentuk kecil dan Efinity® Integrated Development Environment (IDE) adalah sebab utama pelanggan membeli teknologi kami.”

Struktur jualan Kua di China yang semakin membesar dan kekal membuatkan dia dilantik menyertai pasukan kepimpinan eksekutif Efinix. Sebelum ini, Kuo berpengalaman selama 13 tahun di Altera di mana dia adalah penyebab utama kejayaan syarikat itu dengan Huawei di China.

Itsu Wang, yang mencapai kejayaan yang lebih kurang sama dengan penglibatan pelanggan, juga menyertai pasukan kepimpinan eksekutif sebagai VP jualan dan pembangunan perniagaan. “Sambutan dan permintaan untuk FPGA Trion merentas asia, khususnya untuk T20, mencerminkan kejayaan kami di China. Kami memenuhi keperluan untuk memberi laluan boleh diskalakan dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami untuk membantu mereka meneruskan inovasi mereka.”

Wang bertanggungjawab mengawal perniagaan di Korea, Jepun, Taiwan, Asia Tenggara dan kawasan Barat Amerika Utara dalam kepimpinan eksekutifnya di Efinix. Terbaru, Wang memacu jualan QuickLogic di Asia dan Amerika Utara dan pernah memegang jawatan senior di SiliconBlue Technologies, yang diperoleh oleh Lattice Semiconductor dan Xilinx, pelabur untuj Efinix.

“Sambutan pasaran untuk platform FPGA Trion semakin naik bagi aplikasi seperti logik tersuai, pemecutan pengkomputeran, pembelajaran mesin serta pembelajaran dalam,” ujar Ng daripada Efinix. “Hasil kerja yang dijalankan sepanjang tahun lepas oleh pasukan Efinix di seluruh dunia telah disambut dengan permintaan pelanggan yang menggalakkan. FPGA T20 hanyalah satu permulaan dalam perluasan barisan produk kami dengan sampel T120.”

Perihal Efinix
Efinix, peneraju dalam produk pemprograman, memacu masa depan untuk pengkomputeran AI dengan platform FPGA Trion™. Di teras FPGA Trion ialah teknologi FPGA Quantum™, yang memberi kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Kawasan berbanding dengan teknologi FPGA yang tradisional. FPGA Trion, menawarkan 4K sehingga 200K elemen logik, mempunyai faktor bentuk kecil, rendah kuasa dan berharga untuk pengeluaran volum tinggi. Efinity® Integrated Development Environment kami menyediakan suite reka bentuk FPGA yang lengkap daripada RTL kepada bitstream. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan, FPGA Trion menepati aplikasi seperti logic tersuai, pemecutan pengkomputeran, pembelajaran mesin dan pembelajaran dalam. Menerusi Efinity, pelanggan kami boleh menghijrahkan FPGA atau sistem penuh secara lancar ke Quantum ASIC untuk pengeluaran volum ultra tinggi.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.efinixinc.com.

Hubungan:
Steve Stratz
untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/81ad03ba-c30d-427c-b2a8-66d9f6c72d40

Sumber: Efinix, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.