ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  CROWNBIO DAN HUBRECHT ORGANOID TECHNOLOGY MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK, TERMASUK LESEN EKSKLUSIF UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN UBAT PRAKLINIKAL BERDASARKAN ORGANOID ONKOLOGI

Monday 01/04/2019



Kerjasama menggabungkan teknologi organoid yang cemerlang dengan koleksi PDX terbesar di dunia untuk mencipta platform penyelidikan translasi terbitan pesakit yang unik
 

SAN DIEGO, 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme hari ini mengumumkan bahawa syarikat induk tersebut, JSR Corporation, telah menjalin kerjasama strategik dengan Hubrecht Organoid Technology (HUB).
 
Perjanjian itu memberikan CrownBio, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh JSR Corporation, lesen eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB, termasuk akses kepada bank bio organoid tumor yang sangat dicirikan HUB. CrownBio dan HUB juga bakal melancarkan program penyelidikan & pembangunan kerjasama untuk memacu pembangunan lanjutan Teknologi Organoid, sementara CrownBio akan menubuhkan pusat operasi baharu di Utrecht, Netherlands. 
 
Organoid terbitan sel stem dewasa HUB, yang dibangunkan oleh Prof. Hans Clevers di Institut Hubrecht, Utrecht dijana menggunakan kaedah kultur proprietari terpiawai. Organoid mencipta semula tumor dalam pesakit dan dicirikan secara terperinci oleh patologi, genomik dan sensitiviti kepada ubat yang diketahui dan dalam percubaan.
 
“Perjanjian ini merupakan saat penting dalam pertumbuhan dan evolusi syarikat kami,” kata Dr. Jean-Pierre Wery, CEO CrownBio. “Kerjasama ini menempatkan CrownBio di barisan hadapan penyelidikan praklinikal global dengan mencipta platform translasi tanpa bandingan bagi memacu pembangunan dan pengesahan ubat.”
 
Meneruskan kepimpinan global dalam Xenograf Terbitan Pesakit (PDX), CrownBio akan menawarkan perkhidmatan farmakologi dan translasi komprehensif berdasarkan Teknologi Organoid HUB, menetapkan platform unik yang menggabungkan saringan in vitro Organoid Terbitan Pesakit (PDO) dan organoid terbitan PDX (PDXO), yang dipadankan dengan model in vivo hiliran.
 
“Kami gembira dengan pertambahan akses kepada Teknologi Organoid HUB bagi penyelidik di seluruh dunia menerusi capaian global dan kepakaran perkhidmatan praklinikal CrownBio,” kata Dr. Robert Vries, Pengarah Eksekutif HUB. “Kerjasama kami dengan CrownBio melengkapkan komuniti pembangunan ubat dengan alat translasi berkuasa untuk membimbing penciptaan rawatan kanser yang baharu dan ditingkatkan.”
 
Perihal Crown Bioscience Inc.
CrownBio ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme. Dengan portfolio model yang relevan dan alat ramalan yang meluas, CrownBio membolehkan pelanggan untuk memberikan calon klinikal yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut tentang platform onkologi translasi CrownBio, lawati https://www.crownbio.com
 
Perihal HUB
Hubrecht Organoid Technology (HUB) ialah organisasi yang ditubuhkan oleh Akademi Sains Diraja Belanda dan Pusat Perubatan Universiti Utrecht. HUB menggunakan hasil kerja perintis Prof. Hans Clevers, yang menemui kaedah untuk menghasilkan ‘organ mini’ (Organoid HUB) manusia terbitan sel stem daripada tisu pesakit dengan pelbagai penyakit. Organoid, yang merupakan sebahagian daripada bank bio HUB, dicirikan oleh penjujukan genom, pemprofilan ungkapan dan sensitiviti terhadap ubat yang diketahui dan dalam percubaan bagi mewujudkan pangkalan data yang mengaitkan maklumat genetik dan transkripsi dengan tindak balas ubat. HUB menawarkan lesen Teknologi Organoid HUB miliknya yang dipatenkan dan akses kepada organoid daripada bank bio HUB untuk saringan, penemuan, pembangunan dan pengesahan ubat praklinikal. Tambahan lagi, HUB menjalankan kajian klinikal untuk mengesahkan penggunaan teknologi tersebut sebagai diagnostik sampingan. Lebih maklumat di www.hub4organoids.eu.
 
Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@crownbio.com
 
Sumber: Crown Bioscience
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.