ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  NEXTDECADE AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN PENTING PADA LNG2019 DI SHANGHAI

Monday 01/04/2019



HOUSTON, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NextDecade Corporation (NextDecade) (NASDAQ: NEXT) akan membuat satu pengumuman penting berkaitan dengan projek LNG Rio Grande mereka di LNG2019 di Shanghai, China. Pengumuman itu akan berlangsung pada Selasa, 2 April, 2019 pada pukul 11:00 pagi Waktu Standard China (1 April, 2019 pada 10:00 malam Waktu Tengah Amerika Syarikat) di petak NextDecade #1054 di Dewan Satu di Pusat Pameran dan Konvensyen. Satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas itu.

Di samping itu, Matt Schatzman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NextDecade akan mengambil bahagian di dalam Program Sesi Pleno LNG2019. Encik Schatzman akan menyampaikan ucapan dalam satu sesi yang bertajuk “Model Perniagaan untuk sebuah Pasaran LNG yang Kompetitif” pada Khamis, 4 April, 2019 pada 8:30 pagi Waktu Standard China.

LNG2019 diadakan oleh International Gas Union (IGU), di mana NextDecade merupakan ahli, bersama dengan beberapa organisasi industri antarabangsa yang lain. Butiran tambahan boleh diperolehi di laman web LNG2019: https://www.lng2019.com/.

LNG Rio Grande mewakili satu daripada pelaburan persendirian dicadangkan yang terbesar di Negeri Texas. Projek itu dijangka mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi di Lembah Rio Grande, meningkatkan imbangan perdagangan Amereka Syarikat, dan menyediakan akses dunia kepada tenaga yang lebih bersih dan boleh dipercayai.

NextDecade menjangka membuat satu keputusan pelaburan muktamad yang positif berhubung projek LNG Rio Grande menjelang akhir suku tahun ketiga tahun 2019.

Maklumat mengenai NextDecade Corporation

NextDecade adalah sebuah syarikat pembangunan LNG yang memberi tumpuan kepada projek-projek eksport LNG dan saluran paip yang berkaitan di Texas. NextDecade berhasrat untuk membangunkan penyelesaian eksport LNG terbesar yang menghubungkan gas yang berkaitan Lembangan Permian ke pasaran LNG dunia, sekali gus mewujudkan nilai bagi pengeluar, pelanggan, dan pemegang saham. Portfolio mereka bagi projek LNG termasuk kemudahan eksport 27 mtpa LNG Rio Grande di Brownsville, Texas dan 4.5 Bcf/d saluran paip Rio Bravo yang akan mengangkut gas asli dari kawasan Agua Dulce ke LNG Rio Grande. Pemilihan teknologi NextDecade dijangka dapat memupuk kebolehpercayaan operasi dan membolehkan pelanggan NextDecade untuk mengakses kepada gas asli yang boleh diharap, murah, banyak dari Lembangan Permian, Syal Eagle Ford, dan lembangan lain. Saham biasa NextDecade disenaraikan di Pasaran Saham Nasdaq di bawah simbol “NEXT.” NextDecade beribu pejabat di Houston, Texas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.next-decade.com.

MAKLUMAT PERINGATAN MENGENAI KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan Amerika Syarikat. Perkataan “menduga,” “percaya,” “menganggarkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “boleh jadi”, “mungkin,” “merancang,” “potensi,” “projek,” “harus,” “akan,” dan ungkapan yang membawa maksud yang sama adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan, dan kenyataan ini mungkin berkaitan dengan perniagaan bagi NextDecade dan anak-anak syarikat mereka. Kenyataan-kenyataan ini telah didasarkan kepada andaian, jangkaan dan sasaran semasa NextDecade mengenai kejadian masa hadapan dan melibatkan beberapa risiko yang diketahui dan tidak diketahui, yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza secara material daripada jangkaan yang dinyatakan atau yang tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Risiko-risiko ini termasuk ketidakpastian mengenai projek saluran paip LNG Rio Grande dan Rio Bravo NextDecade itu, keupayaan mereka untuk mendapatkan pembiayaan hutang dan ekuiti tambahan pada masa akan datang bagi menyelesaikan projek-projek yang dirancang, ketepatan bagi kos anggaran bagi projek itu; kelulusan kerajaan bagi pembinaan dan operasi projek itu; memperoleh potensi insentif cukai; kejayaan menyiapkan projek itu oleh kontraktor pihak ketiga; keupayaan mereka untuk menjanakan wang tunai; risiko pembangunan, bahaya operasi, kelulusan kawal selia yang digunakan untuk aktiviti pembinaan dan operasi projek itu; kelebihan daya saingnya yang diharapkan; permintaan dunia bagi dan harga gas asli (berbanding harga LNG yang diimport); ketersediaan kapal-kapal LNG di seluruh dunia; undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan industri LNG; rundingan bagi pajakan tapak projek dan pilihan cara betul untuk laluan talian paip; pematuhan dengan undang-undang dan peraturan alam sekitar; hasil bagi usaha pembiayaan masa depan; dan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam bahagian “Faktor Risiko” bagi Laporan Tahunan NextDecade pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir 31 Disember, 2018 dan laporan berikutnya yang lain yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang kesemuanya digabungkan di sini mengikut rujukan.

Di samping itu, sebarang pembangunan bagi projek-projek itu kekal bergantung kepada persiapan yang memerlukan perjanjian komersil; memperolehi semua permit dan kelulusan yang diperlukan; memperolehi semua komitmen pembiayaan dan potensi insentif cukai; mencapai keadaan kelaziman yang lain; dan membuat satu keputusan pelaburan yang muktamad untuk diteruskan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini adalah bertepatan pada tarikh siaran ini. Walaupun NextDecade percaya bahawa jangkaan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu adalah munasabah, ia tidak boleh memberi jaminan bahawa jangkaan itu akan terbukti betul. NextDecade mungkin dari semasa ke semasa secara sukarela mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan, bagaimanapun, ia tidak mengaku bertanggungjawab kepada sebarang komitmen untuk berbuat demikian kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang sekuriti.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190329005095/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Pelabur: Kevin Smith | + 1 (832) 910 8629 | ksmith@next-decade.com
Media: Dean Ellis | + 1 (832) 426 1872 | dellis@next-decade.com

Sumber : NextDecade Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.