ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  AGROBANK TANDATANGAN PERJANJIAN BERSAMA BAHARU DENGAN KESATUAN AGROBANK

Wednesday 03/04/2019


Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kanan) menyerahkan dokument perjanjian Kesatuan Agrobank kepada Encik Basharuddin Bin Sharif, Presiden Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad (KEBPMB)



KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Agrobank telah menandatangani Perjanjian Bersama baharu dengan empat (4) Kesatuan Agrobank sebagai sebahagian daripada inisiatif Bank untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif di antara kakitangan dan pengurusan Agrobank.
 
Perjanjian Bersama baharu ini membuktikan bahawa terdapat persefahaman dan kerjasama antara Pengurusan Bank bersama 4 buah Kesatuan Dalaman Agrobank iaitu; Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KEBPMBS) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KPPBPMBS) yang telah ditandatangani pada 2 April 2019 serta Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad (KEBPMB) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad (KPPBPMB) yang ditandatangani pada 3 April 2019.
 
Perjanjian Bersama Kesatuan di Sabah telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Tamring Kuba, Pengarah Wilayah Sabah dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.
 
Bagi Perjanjian Bersama Kesatuan di Semenanjung Malaysia, ianya telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, PCEO Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle  Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.
 
Perjanjian Bersama baharu ini adalah terma dan syarat perkhidmatan (TACOS) yang diperbaharui setiap tiga (3) tahun. Perjanjian Bersama baharu ini yang ditandatangani adalah untuk tempoh dari Januari 2019 - Disember 2021. 

Syed Alwi Mohamed Sultan, P/CEO Agrobank berkata, perjanjian ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank untuk melaksanakan amalan sumber manusia yang berhemah khususnya dalam usaha mengekalkan kakitangan (talent retention) di Agrobank. 
 
“Pengekalan bakat (talent retention) adalah antara fokus utama Agrobank kerana ia merupakan elemen yang penting dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Menerusi Perjanjian Bersama ini yang mengambil kira tentang budaya kerja, pengiktirafan, ganjaran, pampasan dan penilaian prestasi kakitangan, ia akan membantu menjaga kebajikan dan menghargai bakat-bakat di Agrobank,” kata Syed Alwi.
 
Tambah beliau lagi, kewujudan Kesatuan Agrobank adalah sebagai rakan dalam perniagaan” dan kesinambungan Perjanjian Bersama tidak hanya tertumpu kepada pelarasan gaji atau kenaikan tahunan semata-mata, tetapi haruslah berupaya untuk meningkatkan keuntungan, prestasi dan imej Agrobank sebagai Bank yang cemerlang. Agrobank percaya inisiatif ini, ianya adalah inisiatif meletakkan Agrobank sebagai majikan pilihan di Malaysia.
 
Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210 
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my 

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.