Wilayah AWS Asia Pasifik (Jakarta) yang baharu akan tiba menjelang akhir 2021 / awal 2022, membolehkan pelanggan untuk menjalankan beban kerja di Indonesia, dan melayani berjuta-juta pengguna akhir merentasi Asia Pasifik dengan kependaman yang lebih rendahSEATTLE, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Web Services, Inc. (AWS), sebuah syarikat Amazon.com (NASDAQ: AMZN), hari ini mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah wilayah infrastruktur di Indonesia menjelang akhir tahun 2021 / awal tahun 2022. Wilayah AWS Asia Pasifik (Jakarta) yang baharu itu akan terdiri daripada tiga Zon Ketersediaan pada pelancarannya, dan akan menjadi wilayah kesembilan bagi AWS di Asia Pasifik, dengan menyertai wilayah yang sedia ada di Beijing, Mumbai, Ningxia, Seoul, Singapura, Sydney, Tokyo, dan sebuah wilayah yang akan datang di Hong Kong SAR. Pada masa ini, AWS menyediakan 61 Zon Ketersediaan merentasi 20 wilayah infrastruktur di seluruh dunia, dengan 12 Zon Ketersediaan yang lain merentasi empat Wilayah AWS di Bahrain, Hong Kong SAR, Itali dan Afrika Selatan dijangka disambungkan secara dalam talian menjelang separuh pertama tahun 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai infrastruktur global AWS, sila layari ke:
https://aws.amazon.com/about-aws/global-infrastructure/.“Awan itu mempunyai kuasa untuk mengubah perniagaan, institusi pendidikan, dan keseluruhan agensi kerajaan merentasi Indonesia, dan dengan satu lagi wilayah infrastruktur AWS bakal datang ke Asia Pasifik, kami berharap dapat membantu mempercepatkan transformasi ini,” kata Peter DeSantis, Naib Presiden bagi Infrastruktur Global dan Sokongan Pelanggan, Amazon Web Services. “Membuka sebuah Wilayah AWS di Indonesia akan menyokong ekosistem permulaan yang pesat berkembang di negara itu, perusahaan besar Indonesia, dan agensi-agensi kerajaan dengan membantu mendorong lebih banyak pekerjaan dan perniagaan teknologi, meningkatkan ekonomi tempatan, dan membolehkan organisasi merentasi kesemua vertikal untuk mengurangkan kos, meningkatkan ketangkasan, dan memperbaiki kelenturan. Kami teruja mengenai AWS sebagai satu bahagian yang penting di dalam perjalanan ini.”
Wilayah AWS adalah terdiri daripada Zon Ketersediaan, yang merupakan infrastruktur teknologi di lokasi geografi yang terpisah dan berbeza dengan jarak yang secukupnya untuk mengurangkan dengan ketara risiko bagi satu peristiwa tunggal yang memberi kesan kepada kesinambungan perniagaan, namun cukup hampir untuk menyediakan kependaman rendah bagi aplikasi ketersediaan tinggi. Setiap Zon Ketersediaan mempunyai tenaga, penyejukan, dan keselamatan fizikal yang bebas dan dihubungkan melalui rangkaian lewah, kependaman ultra rendah. Pelanggan-pelanggan AWS yang memberi tumpuan kepada ketersediaan tinggi boleh mereka bentuk aplikasi mereka untuk berfungsi di dalam pelbagai Zon Ketersediaan bagi mencapai had terima kegagalan yang lebih besar. Penambahan Wilayah AWS Asia Pasifik (Jakarta) itu akan membolehkan organisasi untuk menyediakan kependaman yang lebih rendah kepada pengguna akhir di Indonesia, dan merentasi Asia Pasifik. Di samping itu, organisasi-organisasi Indonesia dari syarikat permulaan sehingga kepada perusahaan dan sektor awam akan mempunyai infrastruktur di negara mereka untuk memanfaatkan teknologi canggih dari awan terkemuka di dunia dengan suite perkhidmatan awan yang paling luas dan paling mendalam termasuk analisis, kecerdasan buatan, pangkalan data, Internet Benda (IoT), mesin pembelajaran, perkhidmatan mudah alih, tanpa pelayan, dan lebih banyak lagi untuk memacukan inovasi.
Pelanggan dan rakan-rakan niaga yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AWS di Indonesia harus melayari
https://aws.amazon.com/id/Maklumat mengenai Amazon Web ServicesSelama 13 tahun, Amazon Web Services telah menjadi platform awan yang paling komprehensif dan meluas di dunia. AWS menawarkan lebih daripada 165 perkhidmatan utama untuk mengira, menyimpan, pangkalan data, perangkaian, analisis, robotik, mesin pembelajaran dan kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT), mudah alih, keselamatan, hibrid, maya dan realiti terimbuh (VR dan AR), media, dan aplikasi pembangunan, penempatan, dan pengurusan dari 61 Zon Ketersediaan (AZ) dalam 20 wilayah geografi, yang meliputi Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Ireland, Jepun, Korea, Singapura, Sweden, dan United Kingdom. Berjuta-juta pelanggan termasuk syarikat permulaan yang paling pesat berkembang, perusahaan terbesar, dan agensi kerajaan yang terkemuka — mempercayai AWS untuk menjanakan infrastruktur mereka, menjadi lebih tangkas, dan kos yang lebih rendah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AWS, sila layari
aws.amazon.com.
Maklumat mengenai AmazonAmazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.amazon.com/about dan ikuti
@AmazonNews.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190403005931/en/HubungiAmazon.com, Inc.
Talian Khidmat Media
Amazon-pr@amazon.comwww.amazon.com/prSumber : Amazon Web Services, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA