ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  ​PANGGILAN UNTUK RAGBI: HONG KONG TUJUH SEBELAH KINI KEMBALI!

Thursday 04/04/2019



Bandar Raya Dunia Asia melancarkan sebuah program melibatkan acara dan perayaan di seluruh bandar raya

HONG KONG, 4 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kini memasuki tahun ke-44, Cathay Pacific/HSBC Hong Kong Tujuh Sebelah 2019 adalah lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya! Lebih daripada 120,000 orang peminat akan berkumpul di Stadium Hong Kong dari 5 hingga 7 April bagi pusingan ketujuh dalam Siri Ragbi Dunia Tujuh Sebelah, yang mengalu-alukan 40 buah pasukan dari 34 buah negara -- menjadikan ini sebagai perhimpunan kesatuan ragbi yang terbesar di dunia pada tahun 2019. Untuk menambahkan keseronokan, empat pasukan teratas dalam siri tahun ini akan secara automatik layak bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Layari hksevens.com  untuk maklumat lanjut.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/51959070/en


Demam Ragbi Tujuh Sebelah mengalir melampaui stadium itu! Acara tahunan tersebut mengubah bandar raya itu dengan pelbagai kostum yang kreatif, festival, pemasangan seni, sambutan dan persembahan muzik.

“Ketika pemain-pemain ragbi yang paling berbakat di dunia bersaing di Hong Kong Tujuh Sebelah untuk mendapatkan tempat di Sukan Olimpik Musim Panas 2020, jalan-jalan di Hong Kong akan juga dipenuhi dengan keseronokan,” kata Anthony Lau, Pengarah Eksekutif bagi Lembaga Pelancongan Hong Kong. “Kami berharap dapat mengalu-alukan pelawat yang datang dari segenap pelusuk dunia untuk menikmati hiburan hujung minggu tanpa henti di seluruh bandar raya itu. Kami telah menyediakan barisan muzik yang menyeronokkan, sambutan after party dan, sudah tentu, tradisi kostum ‘pakaian beragam’.”

Sorotan termasuk perkara berikut:

FESTIVAL HONG KONG TUJUH SEBELAH

The Harbourfront akan kemudian bertukar menjadi sebuah festival muzik bertiket (5 April), yang menampilkan aksi luar biasa, termasuk pemenang Anugerah GRAMMY® Gwen Stefani, yang akan tampil membuat persembahan buat kali pertama dalam tempoh satu dekad di Hong Kong.

The Harbourfront akan menganjurkan Sevens Central (6 - 7 April, masuk percuma), yang melimpah penuh dengan hiburan untuk peminat dari semua peringkat umur termasuk aksi langsung Hong Kong Tujuh Sebelah di skrin besar, makanan dan minuman, muzik secara langsung, hadiah percuma, penghibur jalanan dan banyak lagi.

PEJALAN KAKI PEMINAT HONG KONG TUJUH SEBELAH DI LEE GARDENS

Causeway Bay akan dihidupkan dengan sebuah festival jalanan yang mesra keluarga (5-7 April), yang menampilkan kursus ninja yang serba canggih, penghibur jalanan, aktiviti kanak-kanak, sebuah skrin besar dengan siaran langsung kejohanan itu di ruang luar pusat beli-belah.

RAGBI GERGASI

Mencari hantaran Instagram yang sempurna? Bukti kepada keunggulan Hong Kong untuk kreativiti, sebuah bola ragbi gergasi yang boleh kembung, yang mempunyai ketinggian 25 meter (tingginya kira-kira 10 tingkat) akan terapung di sekitar Pelabuhan Victoria dari 3 hingga 7 April. Pemasangan seni itu akan meraikan cinta bandar raya itu terhadap ragbi.

SAMBUTAN AFTER PARTY

Pesta itu tidak berhenti, ketika pelawat mengikuti semangat Tujuh Sebelah ke dalam bar di sekitar bandar. Di Wan Chai, pelawat boleh menari sehingga lewat malam di Carnegie's -- sebuah pangkalan tempatan yang popular untuk litar sambutan after party sejak tahun 1994. Champs Bar yang menarik tumpuan ramai membawa orang yang berpesta ke sebuah pub tingkat bawah tanah yang dihiasi dengan tanda mata ragbi. Untuk getaran parti yang lebih tinggi, beralih ke Lan Kwai Fong, di mana penggemar parti akan mengunjungi bar-bar di lorong-lorong yang diturap dengan batu buntar di Central. Untuk makanan pada larut malam, jangan terlepas pizzeria Motorino ala New York atau restoran All-American Burger Circus di SoHo. Di mana sahaja anda pergi pada hujung minggu Tujuh Sebelah, pesta itu akan mengikutinya!

Imej boleh diakses melalui https://bit.ly/2O1CMbe
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/51959070/en


Hubungi

Vivian Li
vivian.li@hktb.com

Sumber : Lembaga Pelancongan Hong Kong  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.