ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  ANUGERAH PERKHIDMATAN PALING CEMERLANG HONG KONG CORPHUB 2019

Tuesday 09/04/2019



HONG KONG, 9 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Disampaikan oleh CORPHUB, Majlis Anugerah Perkhidmatan Paling Cemerlang Hong Kong 2019 telah berjaya diadakan pada 21 Mac, 2019 di Kowloon Shangri-La, Hong Kong. Lebih daripada 60 buah syarikat dan organisasi tempatan dan antarabangsa telah menerima anugerah di atas pencapaian luar biasa mereka di dalam menyediakan perkhidmatan. Kesemua penerima anugerah telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa bebas yang diterajui oleh pakar industri, anggota eksekutif dewan perniagaan, dan pemimpin-pemimpin untuk memastikan kesaksamaan, keterbukaan, dan pengiktirafan.

Perkhidmatan sentiasa menjadi satu ciri utama bagi Hong Kong untuk mendapatkan reputasi mereka sebagai satu daripada bandar raya yang terbaik di dunia. Mewakili dari sektor yang berbeza, kesemua penerima anugerah mempamerkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada perniagaan, pelanggan, dan orang awam, dengan memberikan sumbangan yang positif kepada pembangunan masyarakat.

Majlis itu telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk: Encik CY Lui, Pengurus Kanan, StartmeupHK, InvestHK; Dr. Francis Law, Presiden, Hong Kong Mediation Centre; Encik Rem Tai, Pengerusi, Silk Road Development Association; dan Cik Katherine Cheung, Pengurus Besar, Acara dan Pemasaran, Hong Kong Federation of E-Commerce. Acara itu dihiasi lagi oleh rangkaian menyeluruh dan pergaulan di antara tetamu dan lebih daripada 150 orang hadirin.

Syarikat-syarikat yang menerima anugerah meliputi pelbagai bidang dan industri. Penerima anugerah yang terkenal termasuk: antara lain, AASTOCKS.com Limited, Kumpulan King Parrot, Kumpulan Aptorum (NASDAQ: APM), Popular Holdings, Kumpulan Hung Fook Tong (HKG: 1446) dan The Executive Centre Limited.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190408005410/en/

Hubungi
Keith Tse
www.corphub.hk
event@corphub.hk
pertanyaan: 3488 1005

Sumber : CORPHUB

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.