ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ISID MEMPEROLEHI SYARIKAT IT INDONESIA DENGAN TUJUAN UNTUK MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN DENGAN MENSASARKAN INSTITUSI KEWANGAN TEMPATAN

Wednesday 17/04/2019



TOKYO, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO: 4812) (“ISID” Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Ryoichi Nawa) hari ini mengumumkan bahawa melalui anak syarikatnya PT. ISID INDONESIA (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Takuya Ono; kemudian dari ini, “ISID INDONESIA”), ia telah memperoleh 75% kepentingan ekuiti di dalam PT. Ebiz Cipta Solusi (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Dedy Effendi Lingga; kemudian dari ini “Ebiz”), yang terlibat di dalam perniagaan IT di Indonesia. Dengan pengambilalihan ini, Ebiz kini menjadi sebuah anak syarikat milik ISID.

Ebiz adalah sebuah syarikat IT yang terlibat di dalam penjualan penyelesaian perisian yang dibangunkan sendiri dan oleh pihak ketiga serta penyediaan perkhidmatan sokongan teknikal. Penyelesaian pelaporan yang dibangunkan secara proprietari oleh Ebiz “Siri Maleo” untuk pihak berkuasa kewangan mempunyai bahagian pasaran yang mantap dan digunakan oleh lebih daripada 20 buah syarikat pemajakan dan kewangan utama Indonesia, termasuk yang disenaraikan sebagai 10 teratas. Baru-baru ini di Indonesia, pengawasan yang dipertingkatkan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia telah meningkatkan keperluan untuk melaporkan penyelesaian bagi semua perbadanan yang berkaitan kewangan Indonesia (syarikat pajakan dan kewangan, bank, syarikat sekuriti, penyedia insurans), dengan itu pertumbuhan yang signifikan adalah dijangkakan di dalam perniagaan bagi Ebiz di masa hadapan.

ISID INDONESIA terlibat di dalam perniagaan penyatuan sistem, terutamanya untuk perbadanan Jepun yang beroperasi di Indonesia. Dan, ia telah menyaksikan sejak beberapa tahun yang lalu, peningkatan permintaan pasaran bagi “Lamp”, sistem teras komprehensif untuk perniagaan pajakan dan pembiayaan yang dibangun dan digunakan oleh Kumpulan ISID di China dan rantau ASEAN. ISID INDONESIA telah melaksanakan Lamp untuk pelbagai pelanggan di Indonesia, termasuk empat syarikat pemajakan dan pembiayaan Jepun terkemuka yang menjalankan perniagaan di negara itu. Dengan pengambilalihan ini, Kumpulan ISID akan menambahkan kepada barisan penyelesaian mereka penyelesaian pelaporan Ebiz bagi pihak berkuasa kewangan yang dikehendaki oleh bakal pelanggan dan pelanggan Lamp yang sedia ada. Di samping itu, Kumpulan ISID berhasrat untuk mengembangkan perniagaan penyelesaian kewangan mereka di Indonesia dengan mempercepatkan penjualan Lamp dan pelbagai penyelesaian lain yang memanfaatkan pangkalan pelanggan tempatan Ebiz.

Kesan daripada urus niaga ini kepada keputusan kewangan yang disatukan untuk ISID bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2019 dijangka adalah minimum.
 
Gambaran Keseluruhan Syarikat Ebiz
 
Nama syarikat PT. Ebiz Cipta Solusi
Wakil Dedy Effendi Lingga, President Pengarah
Lokasi Jakarta, Indonesia
Laman web http://www.ebizcipta.com/
Tahun penubuhan 2001
Komposisi pemegang saham ISID INDONESIA 75% selepas pengambilalihan diselesaikan
Jumlah pekerja 110
Jenis Perniagaan Penyedia bagi perkhidmatan penyatuan sistem (perundingan IT, pembangunan sistem, jualan produk dan penyelenggaraan, dll) untuk perusahaan
 
(Rujukan)

Maklumat mengenai “Siri Maleo”

Maleo adalah satu penyelesaian pelaporan bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia yang dibangunkan oleh Ebiz. Siri ini termasuk pakej pelaporan maklumat kredit “SLIK” dan penyelesaian pelaporan “SIPP” untuk pihak berkuasa kewangan. Sejak pelancarannya pada tahun 2017, Maleo telah diperkenalkan di lebih dari 20 institusi kewangan Indonesia.

Maklumat mengenai “Lamp”

 “Lamp” membawa maksud “Portal Pengurusan Lanjutan Pajakan & Kewangan” dan merupakan sebuah sistem teras untuk operasi pajakan dan kewangan yang dibangunkan oleh anak syarikat ISID di China, ISI-Dentsu Shanghai Co., Ltd.
Sistem ini merangkumi fungsi asas yang menyokong pengurusan pelanggan, pengurusan kontrak, pengebilan, pengumpulan dan pengurusan pembayaran, dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain, seperti sokongan berbilang bahasa, sokongan urus niaga mata wang berganda dan pemprosesan bayaran balik pembayaran ansuran yang disebabkan oleh faedah dan turun naik kadar pertukaran. Sistem itu juga serasi untuk digunakan dengan perbankan, CMS, perakaunan dan sistem lain. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2010, Lamp telah digunakan di lebih 255 buah lokasi oleh 31 buah syarikat di 8 buah negara, terutamanya perbadanan Jepun yang beroperasi di China dan rantau ASEAN. (Setakat Mac 2019) http://www.isid.com.cn/lamp/en/

Nota: Nama syarikat dan produk di dalam siaran media ini adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi syarikat mereka masing-masing.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190416006085/en/ 


Hubungi

Untuk Hubungan Media
Pejabat Komunikasi Korporat ISID TEL:+81 3-6713-6100 E-mel: g-pr@isid.co.jp
Yu Tajika

Sumber: Information Services International-Dentsu, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.