ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  INOVASI YANG MEMENANGI ANUGERAH MEMACUKAN PERTUMBUHAN JUMIO PADA SUKU PERTAMA TAHUN 2019

Friday 19/04/2019



Pelaburan berterusan di dalam AI dan mesin pembelajaran menghasilkan dalam pertumbuhan pendapatan sebanyak 60 peratus, pertumbuhan yang ketara di dalam penawaran produk dan penghargaan industri

PALO ALTO, Calif., 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jumio, identiti terkemuka yang dipercayai yang dikuasakan oleh AI sebagai sebuah pembekal perkhidmatan, hari ini mengumumkan bahawa pendapatan meningkat sebanyak 60 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2019. Jumio juga meraikan kejayaan awal pada tahun 2019 dalam bentuk pelancaran produk baharu, satu jejak global yang diperluaskan dan kemenangan pelbagai anugerah penting. Jumio telah melancarkan dua produk baharu dalam suku pertama untuk memperkukuhkan suite terkemuka mereka di dalam industri iaitu penyelesaian pengesahan,  pengsahihan dan pematuhan identiti.

Pengesahan Jumio adalah penyelesaian pengesahan video-swafoto pertama di pasaran yang menggabungkan biometrik muka untuk pemprufan awal identiti dan pengesahan pengguna yang berterusan. Penyelesaian itu membolehkan syarikat-syarikat untuk menggunakan biometrik yang sama (sebuah peta muka 3D) bagi mengesahkan identiti pelanggan dalam talian yang baharu dan identiti pengguna sedia ada. Kaedah pengesahan yang selamat dan pantas ini sesuai untuk log masuk akaun dan senario yang berisiko tinggi termasuk percubaan pemindahan kawat dan membuat semula kata laluan agar dapat mengatasi kekurangan dan kelemahan keselamatan bagi kaedah pengesahan tradisional (misalnya, pengesahan berasaskan pengetahuan dan pengesahan dua faktor berasaskan SMS).

Pemeriksaan Jumio adalah sebuah penyelesaian penapisan anti pengubahan wang haram berautomatik sepenuhnya (AML) yang mengintegrasikan ComplyAdvantage, sebuah pangkalan data tepat masa dinamik bagi orang dan syarikat yang menimbulkan risiko jenayah kewangan. Pemeriksaan Jumio membantu perniagaan membuat keputusan AML yang tepat dengan liputan global yang menyeluruh terhadap sekatan, senarai pantauan, PEP dan media buruk.

“Kami telah bermula dengan baik pada tahun 2019 dengan penambahan Pengesahan Jumio dan Pemeriksaan Jumio, yang mengukuhkan portfolio produk kami bagi penyelesaian yang dikuasakan AI untuk mempertahankan terhadap pengambilalihan akaun dan skim pengubahan wang haram yang canggih,” kata Robert Prigge, presiden Jumio. “Produk-produk baharu ini merupakan bukti kepada usaha berterusan kami untuk inovasi canggih bagi membantu mempertahankan terhadap ancaman-ancaman baharu ini.”

Suku pertama tahun 2019 juga ketara kerana pencapaian yang berikut:
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jumio dan penyelesaian pengesahan dan pengsahihan identiti dari hujung ke hujung yang telah memenangi anugerah, sila layari jumio.com.

Maklumat mengenai Jumio

Apabila ia berkaitan identiti, percayalah kepada Jumio. Misi Jumio adalah untuk menjadikan internet sebuah tempat yang lebih selamat dengan melindungi ekosistem perniagaan melalui perkhidmatan pengesahan dan pengsahihan identiti dalam talian yang canggih yang dengan cepat dan tepat menghubungkan identiti dalam talian seseorang dan dunia sebenar. Penyelesaian pengesahan identiti hujung ke hujung Jumio memerangi penipuan, mengekalkan pematuhan dan menghubungkan pelanggan yang baik dengan lebih pantas.
 
Memanfaatkan teknologi canggih termasuk kecerdasan diperkuatkan, AI, biometrik, mesin pembelajaran, pengesanan lanjutan 3D yang diperakui dan semakan semula manusia, Jumio membantu organisasi memenuhi pematuhan kawal selia termasuk KYC, AML dan GDPR dan secara pasti mewujudkan identiti digital bagi pelanggan mereka. Jumio telah mengesahkan lebih daripada 170 juta identiti yang dikeluarkan oleh lebih 200 buah negara dan wilayah daripada urus niaga web dan mudah alih secara tepat masa. Penyelesaian Jumio digunakan oleh syarikat-syarikat terkemuka di dalam sektor perkhidmatan kewangan, perkongsian ekonomi, mata wang digital, peruncitan, pelancongan dan permainan dalam talian. Berpangkalan di Palo Alto, Jumio beroperasi secara global dan mempunyai pejabat di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik dan telah menerima banyak anugerah untuk inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jumio.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190418005218/en/

Hubungi
Hubungan Media Amerika Syarikat
Jake Kasowski
10Fold Communications
jumio@10fold.com
(360) 635-8646

Hubungan Media Eropah
Gemma Lingham
FleishmanHillard Fishburn
gemma.lingham@fhflondon.co.uk
+44-208-618-2812

Sumber : Jumio

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.