ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TAMA MEMBUKA BILIK-BILIK MY MELODY, LITTLE TWIN STARS PADA 15 JUN, 2019 - MIMPI INDAH DI BILIK HELLO KITTY DAN BILIK WATAK SANRIO KAMI

Wednesday 24/04/2019



TOKYO, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., satu daripada syarikat hotel paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel yang terletak di daerah Shinjuku, Tokyo dan lokasi lain, dengan bangga mengumumkan pengukuhan hubungan kerjasama dengan Sanrio Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Shinagawa, Tokyo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Shintaro Tsuji) untuk mengembangkan kemudahan dan perkhidmatan yang menampilkan “Hello Kitty” dan watak-watak Sanrio yang lain di Keio Plaza Hotel Tama kami. Tama Hotel kami akan mengubahsuai empat buah bilik tambahan, termasuk dua bilik masing-masing dalam tema “My Melody” dan “Little Twin Stars” (Kiki dan Lala) yang telah dipuja oleh peminat di seluruh dunia sejak penciptaan mereka pada tahun 1975, yang akan dibuka pada Sabtu 15 Jun, 2019, dan dengan itu menjadi hotel pertama di dunia untuk mengendalikan bilik-bilik yang bertema ini secara tetap.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190423005311/en/
 
Bilik My Melody direka dalam bentuk imej watak yang lurus bendul, ceria dan penyayang bagi watak yang bermain sorok-sorok di sebuah hutan. Bilik Little Twin Stars direka dengan pelbagai imej bagi adik lelaki Kiki dan kakak Lala yang bermain di taman hiburan di awan.

Keio Plaza Hotel Tama kali pertama membuka empat bilik tema pada November 2014 berdasarkan kepada “Hello Kitty”, dan bilik-bilik baharu itu akan meningkatkan jumlah bilik yang bertemakan Hello Kitty kepada lapan. Tempahan bagi bilik-bilik baharu My Melody dan Little Twin Stars telah dibuka dari Isnin 15 April, 2019.

Versi Lengkap bagi Siaran Media
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., satu daripada syarikat hotel paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel yang terletak di daerah Shinjuku, bandar raya Tama, dan kota raya Hachioji di Tokyo dan Sapporo, Hokkaido. Hotel kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka untuk mengalami budaya Jepun.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel Tama
Keio Plaza Hotel Tama, yang terletak di Bandar Baharu Tama di mana sebuah komuniti berkembang pesat di pinggir bandar raya Tokyo. Sanrio Puroland, kediaman bagi Hello Kitty terletak hanya lima minit berjalan kaki dari hotel itu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web, YouTube, atau Instagram kami. Sila ikuti @keioplaza_tama_hellokitty_room di Instagram.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190423005311/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.