|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
MYCC LANCAR GARIS PANDUAN HAK HARTA INTELEK DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN
Friday 26/04/2019
YB Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan Garis Panduan MyCC Berkaitan Hak Harta Intelek dan Undang- Undang Persaingan. |
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan Garis Panduan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Berkaitan Hak Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan.
Matlamat garis panduan ini adalah untuk menangani kekeliruan serta pertindihan perundangan yang berlaku di antara undang-undang hak harta intelek dan undang-undang persaingan. Melalui garis panduan ini, proses persaingan dapat dilindungi melalui pencegahan perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan yang melibatkan hak harta intelek.
“MyCC sentiasa memandang berat terhadap kepentingan kepada pengguna serta perusahaan di Malaysia. Kami tidak akan memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak untuk menyalahgunakan undang-undang yang berkaitan untuk melakukan aktiviti yang bersifat anti-persaingan”, kata Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC.
Garis Panduan ini memfokuskan kepada empat (4) tunjang utama iaitu: penjelasan mengenai pertindihan di antara hak harta intelek dan undang-undang persaingan; pasaran relevan yang melibatkan hak harta intelek; larangan di bawah Akta Persaingan 2010; dan situasi percanggahan di antara hak harta intelek dan undang-undang persaingan.
Orang awam dan pemain industri boleh mendapatkan garis panduan tersebut di dalam laman sesawang MyCC dengan mengakses ke www.mycc.gov.my.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan)
Ditubuhkan pada April 2011, Suruhanjaya Persaingan ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.
Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-penalti kepada pesalah undang-undang persaingan. Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan Suruhanjaya Persaingan, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my.
SUMBER: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama: Noorliza Abdul Latiff Bahagian Komunikasi dan Advokasi Suruhanjaya Persaingan Malaysia Tel: +603 2273 2277 (ext 111) Emel: noorliza@mycc.gov.my
--BERNAMA |
|
|
|
|
|