ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SHARJAH MEMBERIKAN BANTUAN AS$1.1 JUTA KEPADA AMEL INTERNATIONAL LUBNAN UNTUK FAHAM KEMANUSIAAN CEMERLANG SEJAK TAHUN 1979

Monday 06/05/2019



Badan bebas yang tidak mencari keuntungan itu mendaftarkan lebih 100,000 benefisiari tahun lepas, termasuk 50 peratus wanita & kanak-kanak

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amel Association International, sebuah NGO bukan sektarian bebas Lubnan telah diberikan AS$1.1 juta oleh amariah Sharjah, sebagai pengiktirafan di atas usaha cemerlang mereka di dalam melindungi hak asasi manusia, dan menyediakan pendidikan, perlindungan kanak-kanak dan peluang-peluang mata pencarian kepada mereka yang terjejas oleh perang saudara Lubnan yang tercetus pada tahun 1975.

Bantuan geran itu diberikan kepada NGO Lubnan itu semasa Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Perakuan dan Sokongan Pelarian (SIARA). Ia bertujuan meningkatkan dengan ketara usaha-usaha bagi organisasi yang tidak mencari keuntungan itu, yang telah berusaha tanpa mengenal penat lelah sejak tahun 1979 untuk menyediakan bantuan kecemasan serta bantuan pemulihan kepada mereka yang memerlukan. Tahun lepas, benefisiari organisasi itu melebihi 100,000, termasuk 50,000 orang wanita dan kanak-kanak.

SIARA telah dilancarkan oleh The Big Heart Foundation (TBHF), sebuah organisasi kemanusiaan global yang berpangkalan di Sharjah dengan kerjasama UNHCR pada tahun 2017, untuk menonjolkan orang perseorangan atau organisasi yang melaksanakan inisiatif perintis dan berpengaruh yang mempunyai kesan positif dan ketara terhadap pelarian di Asia dan rantau MENA.

Anugerah itu dimulakan di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Sharjah, dan Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher Bint Mohammed Al Qasimi, Isteri kepada Yang Amat Mulia, Pengerusi TBHF dan Penyokong Terbilang UNHCR bagi Kanak-kanak Pelarian, yang terus memperjuangkan usaha-usaha bersifat dermawan oleh orang perseorangan dan organisasi di seluruh dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Amel telah menunjukkan kepimpinan luar biasa di dalam menawarkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang mencari suaka di Lubnan, dan telah mengembangkan operasi mereka ke beberapa negara termasuk Perancis, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Pengasas Amel, Dr. Kamel Mohanna, telah menerima pencalonan Hadiah Keamanan Nobel untuk kali keempat pada tahun ini.

SIARA bertujuan memotivasikan organisasi dan orang perseorangan untuk melancarkan program dan inisiatif pembangunan jangka panjang dan berskala besar bagi memperbaiki kehidupan pelarian dan orang yang mudah terdedah kepada bahaya, khususnya negara-negara di Asia dan rantau MENA yang mengalami bencana, konflik dan kemiskinan.

-AKHIR-

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190503005152/en/

Hubungi

Fadia Daouk
National Network Communications
00971526172111
f.daouk@nncpr.com

Sumber : Sharjah

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.