ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU PERTAMA 2019 THE WE COMPANY

Thursday 09/05/2019



NEW YORK, 9 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies Inc. (“Syarikat” itu), sebagai penerbit bagi Not Senior 7.875% mereka yang akan matang pada tahun 2025 (“Not Senior”), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Rabu, 15 Mei 2019, pada pukul 4:00 petang Waktu Timur bagi manfaat peserta-peserta tertentu yang layak untuk membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu bagi suku pertama tahun 2019.

Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Not Senior itu, bakal pembeli bona fide bagi Not Senior itu yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau orang bukan warga Amerika Syarikat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang membuat pasaran boleh mendapat akses kepada maklumat panggilan untuk panggilan persidangan dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor untuk mendail) akan disediakan di laman web yang selamat itu.

Pihak-pihak yang memohon akses kepada laman web selamat Syarikat itu akan dikehendaki menyediakan perwakilan dan waranti tertentu yang mengesahkan status mereka sebagai pemegang atau pemilik benefisial bagi Not Senior itu, pembeli institusi yang berkelayakan bagi Not Senior itu, atau penganalisis sekuriti atau pembuat pasaran dan bahawa maklumat yang diberikan pada laman web Syarikat yang selamat itu akan dianggap sebagai sulit.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190508005656/en/

Hubungi
Pertanyaan Pelabur:
Aristaia Vasilakis
Investor@wework.com

Pertanyaan Media:
Dominic McMullan
Press@wework.com

Sumber : WeWork Companies Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.