ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  FAZURA, DIANA DANIELLE, FARAH ANN, TANG LAI MING, MAK CHEUNG CHING, LEONA CHIN DAN BEBERAPA SELEBRITI TERNAMA MENERIMA ANUGERAH DAN PENGHARGAAN PADA MALAM ANUGERAH MCMILLAN WOODS GLOBAL KE-8 JUGA DISAKSIKAN OLEH 50 JUTA TONTONAN SELURUH DUNIA

Thursday 16/05/2019



KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Anugerah Global McMillan Woods ke-8 yang berlangsung pada 19 April 2019 menyaksikan Fazura (Pelakon/Pemenang Anugerah), Diana Danielle (Pelakon) Joyce Tang Lai Ming       (滕丽名/Bintang HK), Evergreen Mak Cheung Ching (麥長青/Pelakon HK) dan Leona Chin 利念娜 (Pelumba Wanita Malaysia)  menerima anugerah untuk pencapaian dan kejayaan mereka di dalam industri masing-masing. Majlis penghargaan berprestij ini dianjurkan oleh McMillan Woods Global di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Diilhamkan oleh novel ikon, "The Phantom of the Opera", juga turut diangkat sebagai tema untuk tahun ini, anugerah ini menobatkan  selebriti A-List dan usahawan yang mempunyai sifat-sifat seperti kepimpinan yang tinggi, prestasi kewangan yang kukuh, keunggulan integriti peribadi, pengaruh yang meluas, hala tuju strategik, dan sering bertanggung jawab dalam usaha tanggungjawab sosial korporat. 

Malam monumental ini telah menawan suasana segenap majlis dengan inspirasi awal abad ke-19 menerusi kisah percintaan di Paris Opera House, seperti yang digambarkan di dalam novel itu, suasana dan suntikan elemen majlis anugerah ini dihiasi oleh mood percintaan, glamor dan misteri. Sama seperti Paris Opera House, Anugerah ini turut diserikan dengan kehadiran para elit dalam industri masing-masing termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Lagenda Malaysia), Wallace Ang 洪圣安 (Artis Muzik Singapura), Vivian Hoo Kah Mun (Pemain Badminton Malaysia), Giselle Chia 齐 浠 儿 (Pelakon Malaysia), Dr. Mahdi Moudini (Ahli Silap Mata Iran); Avery Chin & Sylvia Lim (Ahli Magis Tukar Diri Terkenal Dunia – diiktiraf oleh 'Guinness World Records') dan ramai lagi. 

Majlis anugerah tahunan ini menekankan bahawa calon-calon tersebut dirujuk sebagai "Penerima Anugerah" dan tidak digelar sebagai pemenang. Ini kerana trofi dan pengiktirafan yang diberikan kepada individu terbabit adalah berdasarkan penilaian yang menunjukkan bahawa mereka layak dalam menerima pengiktirafan tertinggi itu. Anugerah ini juga bertujuan untuk mempromosikan contoh kepimpinan yang terbaik oleh barisan penerima anugerah, mengenali kejayaan mereka dan penglibatan mereka di dalam industri masing masing. Anugerah ini juga bertujuan bagi mengiktiraf kecemerlangan keseluruhan para penerima anugerah dan sumbangan besar mereka ke arah pembangunan ekonomi global. Dato’ Seri Raymond Liew berkata, "Anugerah Global McMillan Woods mempunyai peranan sebagai anugerah global untuk mengiktiraf mereka yang berkecimpung di dalam industri masing-masing dan telah menempa kejayaan demi kejayaan serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa" Anugerah Global McMillan Woods, yang berlandaskan "People’s Choice Award" adalah bersifat antarabangsa dan telah menarik peserta dari pelbagai negara termasuk Australia, Kemboja, China, Cyprus, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, India, Iran, Jepun, Indonesia, Korea, Mauritius, Nepal, Filipina, Taiwan, Singapura, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (AS). "Anugerah yang diberikan ini sememangnya memberikan saya semangat dan motivasi yang lebih tinggi untuk bekerja lebih keras. Saya berharap agar dengan kejayaan saya ini dapat memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengikuti jejak langkah saya bagi mencapai kecemerlangan di masa hadapan", Kata Fazura.

Tetamu Kehormat yang hadir pada Anugerah Global McMillan Woods adalah Y.M. Tunku Datuk Mu'tamir Tunku Tan Sri Mohamed. "Acara Anugerah yang berprestij ini merupakan platform yang mantap untuk mengenali lebih ramai bintang dan usahawan yang telah berjaya di seluruh dunia, dan saya yakin mereka ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang melalui pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing- masing” kata Tunku Datuk Mu'tamir.

Program "McM Cares" yang turut diperkenalkan adalah merupakan salah satu inisiatif CSR yang dilaksanakan oleh McMillan Woods Global yang telah menyumbang lebih daripada USD160,000.00 (RM 650,000) sejak penubuhannya kepada pelbagai badan amal. Walau bagaimanapun, ia adalah cita-cita Raymond Liew untuk mencapai USD 250,000 (RM1 juta) dalam sumbangan amal menjelang 2020. Usaha ini bertujuan untuk menangani cabaran global di dalam sektor industri, pendidikan dan pengurangan kemiskinan. Sebanyak USD 25,000 (RM100,000.00) telah disumbangkan tahun ini kepada beberapa badan kebajikan di seluruh Asia termasuk Berita Harian - NSTP, The Star Media Group Foundation, Yayasan Sin Chew – WECARE ACCOUNT, Yayasan Nur Karangkraf Malaysia, The Edge Education Fund, Yayasan Nanyang Press dan banyak lagi. 

Sehubungan dengan itu, bagi memantapkan usaha ini, PR Newswire telah dipilih sebagai rakan kongsi pengedaran berita bagi McMillan Woods Global Awards 2019 dan disokong oleh rakan-rakan sokongan termasuk: RUP Sdn Bhd, Shangri La Hotel Kuala Lumpur, Bentley Music Sdn Bhd, Mosaic Entertainment Group, Agensi Media Kreatif Global, SME Malaysia, ACG Media, Entrepreneur Insight dan Asia Success INC.  

Sila Klik sini untuk MCMILLAN WOODS GLOBAL AWARDS 2019 AWARD RECIPIENTS
 
About McMillan Woods Global (MCMWG)
McMillan Woods Global is a global network or association of independent local and regional firms of recognised qualified accountants and professional advisors. It aims at providing members and their clients with the capability of furnishing a broader spectrum of accounting, auditing, advisory and management services at a cutting-edge cost-effective basis. Boasting more than 60 countries worldwide, McMillan Woods Global offers services such as Accountancy, Audit Assurance, Corporate Governance & Risk Management, Outsourcing, Offshore set-up, Taxation Advisory and many more.

www.mcmillanwoods.com

Sumber: Global Creative Media Agency (GCMA)

FOR MORE INFORMATION, PLEASE CONTACT: 
Nama: PR & Corporate Communications
Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel: +603 7733 4262 / +6013 323 0717
Emel: lavinesh@gcma.tv

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.