ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  DAVID HOLL DARI MARY KAY INC. DINAMAKAN DI ANTARA SEPULUH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PALING BERWIBAWA DI DUNIA, MENURUT REPUTATION INSTITUTE

Thursday 23/05/2019



Kajian CEO RepTrak® yang kedua, yang dilakukan oleh Reputation Institute, menyatakan bertindak secara bertanggungjawab, berkelakuan secara beretika, dan mempedulikan terhadap isu-isu sosial adalah pemacu yang paling penting di dalam reputasi Ketua Pegawai Eksekutif

DALLAS, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global, hari ini mengumumkan bahawa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif David Holl adalah di antara 10 ketua eksekutif yang paling berwibawa di dunia menurut CEO RepTrak 2019 oleh Reputation Institute. Reputation Institute, penyedia terkemuka dunia bagi pengukuran reputasi, telah mengukur reputasi bagi lebih daripada 140 ketua pegawai eksekutif di dunia dan berusaha mendapatkan lebih daripada 230,000 penilaian individu di kalangan orang awam yang berpengetahuan. Kajian itu telah dijalankan pada Januari dan Februari tahun ini.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190522005604/en/


“Kepimpinan dan kepakaran kendalian David sejak dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2006 telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Mary Kay,” kata Richard R. Rogers, anak kepada Mary Kay Ash, pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga itu. “Mary Kay adalah sebuah jenama yang dilahirkan dengan tujuan, dan komitmen David yang teguh pada nilai-nilai pengasas kita telah menjadikan beliau seorang ketua pegawai eksekutif dan pemimpin yang benar-benar luar biasa.”

Menurut Kylie Wright-Ford, Ketua Pegawai Eksekutif di Reputation Institute, bertindak secara bertanggungjawab, berkelakuan secara etika dan mempedulikan mengenai isu-isu sosial adalah merupakan pemacu yang paling penting bagi reputasi ketua pegawai eksekutif. Malah, menurut penemuan Reputation Institute, ketua pegawai eksekutif lebih cenderung dinilai berdasarkan kepada etika berbanding dengan margin keuntungan. Dengan cara ini, persepsi bagi ketua pegawai eksekutif dan syarikat-syarikat yang mereka ketuai terus mempunyai pertalian secara langsung.

10 Ketua Pegawai Eksekutif global yang terkemuka yang diiktiraf dalam kajian CEO RepTrak 2019 Reputation Institute (dalam susunan abjad) adalah: 

·         Ben van Beurden, Shell (OTCMKTS: RYDAF)


·         Niels B. Christiansen, Kumpulan LEGO


·         Michael Dell, Dell


·         Emmanuel Faber, Danone S.A. (OTCMKTS: DANOY)


·         Fabrizio Freda, The Estée Lauder Companies (NYSE: EL)


·         Shuntaro Furukawa, Nintendo Co., Ltd. (OTCMKTS: NTDOY)


·         Ralph Hamers, Kumpulan ING (NYSE: ING)


·         David Holl, Mary Kay Inc.


·         Christopher J. Nassetta, Hilton Worldwide Holdings Inc. (NYSE: HLT)


·         Carsten Spohr, Deutsche Lufthansa AG (OTCMKTS: DLAKF)
 
Baru-baru ini, Forbes telah menamakan Mary Kay ke dalam senarai mereka bagi Majikan Terbaik di Amerika untuk Kepelbagaian dan Majikan Bersaiz Pertengahan Terbaik di Amerika.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190522005604/en/


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.