ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN BAGI GEGANTI FOTO DISAHKAN UL 508 UNTUK PERALATAN KAWALAN PERINDUSTRIAN

Thursday 23/05/2019



TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memperolehi pensijilan UL 508 standard keselamatan Amerika Syarikat untuk sembilan produk geganti foto berikut: siri pakej DIP4 “TLP3556A,” “TLP3558A” dan “TLP241A;” dan siri pakej DIP6 “TLP3543A,” “TLP3545A” dan “TLP3546A;” dan siri pakej DIP8 “TLP3547,” “TLP3548” dan “TLP3549.”

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190521005403/en/

Geganti foto yang disahkan ini, yang boleh didapati secara komersial, boleh digunakan di dalam peralatan kawalan perindustrian yang memerlukan pensijilan UL 508, yang menyaksikan mereka sesuai untuk digunakan dalam pelbagai peralatan yang dipasarkan di seluruh dunia. Geganti foto ini juga adalah diperakui oleh NRNT[1].
Standard UL 508 itu termasuk standard yang ketat untuk bahagian peralatan. Geganti keadaan pepejal (SSR) adalah satu daripada kategori bagi bahagian peralatan, dan suhu resin di dalam sesebuah SSR adalah terhad kepada 105 ºC (had atas) [2]. SSR boleh dikendalikan pada suhu sehingga had atas itu.
Dengan menggunakan produk yang disahkan oleh Toshiba UL, pengguna boleh mengeluarkan peralatan kawalan yang mematuhi piawaian UL dan mengekalkan margin reka bentuk terma yang diperlukan untuk SSR.

Penggunaan
  • Peralatan industri (PLC, antara muka I/O, pelbagai kawalan sensor, dan lain-lain)
  • Sistem automasi bangunan (pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara (HVAC), termostat, dan lain-lain)
  • Penggantian bagi geganti mekanikal (sistem AC24 sehingga 400V, sistem DC24 sehingga 125V)
Ciri-ciri
  • Diluluskan UL 508 (NRNT)
  • Diluluskan UL 1577
  • Suhu kes (maksimum): Tc=105℃
Table

Nota:
[1] Kategori produk UL: Suis kawalan industri, peralatan kawalan keadaan pepejal bagi muatan bertaraf bukan bermotor
[2] Sekatan suhu untuk plastik (epoksi)
[3] Pilihan pemasangan permulaan tersedia.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan geganti foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190521005403/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
e-mel: semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.