|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
EXPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2019 DIBUKA DI GUIYANG
Monday 27/05/2019
AsiaNet 78922
GUIYANG, China, 27 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China 2019 bermula pada 26 Mei di Guiyang, ibu negeri bagi Wilayah Guizhou di barat daya China, satu kesempatan yang menunjukkan bagaimana keadaan akan berkembang untuk mengetahui tentang kemajuan terkini bagi sektor data besar global.
Ini adalah tahun kelima berturut-turut bagi Guiyang, yang juga dikenali sebagai “Lembah Data Besar China”, mengadakan acara itu. Sejak tahun 2015, ekspo itu telah menjadi satu tumpuan bagi wilayah itu.
China memberi penekanan yang sangat penting kepada pembangunan industri data besar, dan bersedia untuk berkongsi peluang bagi pembangunan ekonomi digital dengan negara lain dan bersama-sama menerokai pemacu pertumbuhan dan laluan pembangunan baharu dengan menerokai teknologi baharu, membentuk perniagaan baharu dan model baharu, kata Presiden China Xi Jinping dalam surat perutusan tahniah kepada ekspo itu.
Sebagai ekspo peringkat kebangsaan yang pertama di dunia mengenai data besar, acara itu menetapkan temanya pada “Data mencipta nilai, inovasi memacukan masa hadapan” pada tahun ini dan memaparkan ucapan daripada tokoh-tokoh ternama dunia termasuk pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi Paul Romer dan pemenang Anugerah Turing Whitfield Diffie. Ekspo itu semakin bertaraf global hasil daripada ketinggian strategik mereka.
Data terkini menunjukkan bahawa berbanding dengan tahun lepas, jumlah negara peserta meningkat dari 29 kepada 59 buah, manakala bilangan syarikat yang mengambil bahagian dari Fortune 500 meningkat dari 15 kepada 39. Sementara itu, bilangan pempamer meningkat daripada 388 kepada 448, antaranya bilangan pempamer asing turut melonjak dari 56 kepada 156. Jumlah dan tahap tetamu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan.
Sun Zhigang, setiausaha bagi jawatankuasa wilayah bagi Parti Komunis China bagi Wilayah Guizhou dan pengarah bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah, berkata bahawa ekspo itu telah menjadi satu acara antarabangsa yang kaya dalam peluang-peluang kerjasama dan memimpin pembangunan bagi industri itu. Ia telah menjadi sebuah platform bertaraf dunia untuk perkongsian pelan pembangunan dan pencapaian terkini, kata Sun.
Berlangsung selama empat hari, ekspo itu akan berakhir pada 29 Mei. Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=337027 |
--BERNAMA |
|
|
|
|
|