ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  PRUDENTIAL BSN TAKAFUL DIIKTIRAF ATAS PRESTASI PERNIAGAAN, PEKERJA DAN INISIATIF KOMUNITI

Tuesday 28/05/2019



Pengendali Takaful rangkul pelbagai anugerah di MTA Takaful StarNite Awards 2019
 
 
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Takaful Association atas kecemerlangan prestasi dan sumbangannya terhadap industri takaful pada majlis Takaful StarNite 2019 yang diadakan di Istana Budaya pada 4 Mei yang lalu.
 
PruBSN membawa pulang anugerah yang menjadi rebutan ramai iaitu anugerah Pengendali Takaful Terbaik (Perniagaan Agensi Takaful Keluarga), Anugerah Khas Tanggungjawab Sosial Korporat dan Race for Cover bagi PruBSN Warisan, serta beberapa pengiktirafan utama untuk para Perunding Takaful dalam enam kategori. Syarikat itu telah memenangi anugerah Pengendali Takaful Terbaik (Perniagaan Agensi Takaful Keluarga) selama lima tahun berturut-turut, juga anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat bagi empat tahun.
 
Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail mengulas, “Kami amat berbesar hati dan teruja untuk menerima pengiktirafan berprestij ini. Ia bukti kepada pertumbuhan pesat PruBSN dan fokus terhadap inovasi, serta kebolehan warga kerja kami yang komited dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan-pelanggan setia kami.”
 
PruBSN kini aktif mempromosikan kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia dan membantu merapatkan jurang perlindungan menjangkaui pelbagai segmen pasaran. Sebagai langkah pencegahan kesihatan untuk para pelanggan, syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan beberapa panel hospital untuk menawarkan vaksinasi influenza secara percuma. Beberapa tahun kebelakangan ini juga menyaksikan PruBSN bergabung tenaga dengan syarikat-syarikat teknologi kesihatan sebagai langkah menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang akan memastikan rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan diri mereka pada bila-bila masa dan di mana jua. Melalui inisiatif PruBSN Microtakaful Jariyah, iaitu pelan takaful pertama seumpamanya di negara ini, syarikat itu menyediakan perlindungan asas takaful keluarga bertempoh 12 bulan secara percuma bagi keluarga-keluarga di bawah garis kemiskinan nasional. PruBSN turut memperkenalkan rider Ihsan bersama pelan terbaru kami PruBSN AnugerahPlus, sebagai menyokong usaha Microtakaful Jariyah di mana para pelanggan boleh membuat sumbangan serendah RM5 setiap bulan.
 
“Nilai sosial perniagaan kami untuk membolehkan kebebasan kewangan dan ketenangan fikiran, diperkuatkan lagi dengan usaha kami dalam menjadikan penjagaan kesihatan lebih berpatutan dan boleh diakses oleh rakyat Malaysia. Kami akan terus giat memainkan peranan aktif dalam mencari cara inovatif untuk memberi manfaat sosial dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia.” tambah Wan Saiful.
 
Ketahui lebih lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan dan perkhidmatan patuh Syariah PruBSN di www.prubsn.com.my.
 
Table

Sumber: Prudential BSN Takaful Berhad
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Hafiz Felani
Penjenamaan & Komunikasi
Prudential BSN Takaful         
Emel: hafiz.felani@prubsn.com.my
                                                 
Nama: Rina Ali
Penjenamaan & Komunikasi
Prudential BSN Takaful
Emel: wan.madzrina@prubsn.com.my 
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.