ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMPERKENALKAN SEJARAH KESENIAN TRADISIONAL JEPUN SELAMA 400 TAHUN

Wednesday 29/05/2019



Pameran Porselin Arita dan Imari ke-39 – Yang Lama dan yang Baharu Seirama
 
TOKYO, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan “Pameran Porselin Arita dan Imari ke-39 – Yang Lama dan yang Baharu Seirama” dari 1 Julai hingga 5 Ogos, 2019 dengan memperkenalkan kepada tetamu porselin Arita dan Imari, seramik pertama yang diperbuat di pulau selatan Kyushu, Jepun. Porselin “Ko-Imari” (atau Imari lama) yang telah menjadi barang seni popular di kalangan bangsawan Eropah semasa Era Edo pada abad ke-17 dan barang-barang porselin yang indah yang diperbuat oleh pembuat tembikar terkenal yang telah berkembang sepanjang sejarah kesenian itu selama 400 tahun akan dipaparkan. Juga, lapan pembuat porselin moden dan terkenal dari kawasan Arita dan Imari di Wilayah Saga di Kyushu akan mempamerkan produk mereka dan turut tersedia untuk dijual. Di samping itu, tujuh buah restoran kami akan menyajikan makanan yang disediakan khas menggunakan porselin Arita dan Imari. Ramai tetamu boleh membeli produk porselin selepas makan di restoran kami dan benar-benar dapat melihat dan merasakannya.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005122/en/
 
Pengeluar ruang dan Pengerusi Persatuan Perancang Parti Jepun Yoko Maruyama dan rakan-rakan bersekutu beliau akan mewujudkan ruang hidang khas yang diselaraskan dengan pinggan mangkuk porselin bagi menunjukkan bagaimana untuk menggabungkan porselin dengan indahnya ke dalam gaya hidup seharian untuk keseronokan peserta pameran.
 
Tahun ini menandakan kali ke-39 pameran ini telah diadakan, dan ia merupakan pantulan kepada minat yang mendalam terhadap produk porselin Arita dan Imari. Pameran ini juga direka untuk menyediakan kepada tetamu antarabangsa kami, yang mewakili lebih dari 75% dari jumlah keseluruhan tetamu, dengan satu peluang untuk mengalami keindahan produk porselin Arita dan Imari yang menjadi tradisional Jepun.
 
Arkib bagi Siaran Media
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
 
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh kami dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005122/en/
 
Hubungi
 
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.