ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  CHANGCHUN BAKAL MENJADI DESTINASI PELANCONGAN SUKAN YANG UTAMA DI CHINA

Wednesday 29/05/2019



AsiaNet 78941

CHANGCHUN, China, 29 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Lebih daripada 30,000 orang pelari maraton dan peminat sukan berkumpul di Changchun, ibu negeri bagi Wilayah Jilin, untuk satu perlumbaan maraton antarabangsa pada 27 Mei. Gabungan daripada acara itu dan industri pelancongan telah menyuntik tenaga ke dalam cita-cita bandar raya itu untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan sukan yang utama di China, menurut Biro Sukan Changchun.

Terletak di timur laut China, Changchun mempunyai sumber ais dan salji yang begitu banyak dan sebuah iklim yang nyaman. Ia juga merupakan satu daripada dua bandar raya China yang menjadi kediaman bagi pemenang pingat emas bagi kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Pentadbiran sukan di bandar raya itu telah menerokai pelbagai cara untuk menggalakkan rakyatnya mengambil bahagian di dalam bidang sukan, yang telah menghasilkan keputusan yang baik. Perlumbaan maraton antarabangsa tahunan itu berada dalam agenda laporan kerajaan bandar raya itu, yang berhasrat untuk menarik lebih ramai rakyat untuk mengamalkan satu gaya hidup yang sihat. Kira-kira 70 peratus daripada hasil Changchun dilaburkan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan mata pencarian rakyatnya, agar mereka dapat merasakan nikmat yang lebih baik daripada pembangunan di bandar raya itu.

Changchun mempunyai pangkalan tertua negara itu untuk industri automobil dan penerbitan filem, dan adalah merupakan pendukung bagi industri seperti kenderaan kereta api, teknologi fotoelektrik, kimia gunaan dan produk-produk biologi. Berikutan kelebihannya dari segi kedudukan geografi sebagai pusat untuk Timur Laut Asia, kerajaan bandar raya itu sedang melancarkan pembukaan dan pencergasan semula, dengan menjadikan pelancongan sebagai industri tunggak untuk pembangunan.

Kerajaan bandar raya itu telah mengangkat sukan sebagai satu keutamaan untuk membina sebuah “Changchun yang sihat” untuk meningkatkan kesedaran, kecergasan dan taraf hidup rakyat mereka, yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Amalan Changchun telah menawarkan rujukan yang berguna dalam aspirasi China untuk menjadi sebuah “kuasa sukan”.

Rakyat Changchun kini boleh menemui sebuah tapak kecergasan dalam lingkungan lapan minit berjalan kaki, dan bersembang dengan pentadbir sukan di kawasan kejiranan mereka. Selain itu, kerajaan telah merizabkan sejumlah besar kawasan untuk kemudahan sukan. Rakyat boleh menempah tempat-tempat sukan dan mencari rakan gim secara dalam talian. Warga sukan di Changchun telah melebihi 51 peratus, yang memberikan satu asas penting kepada matlamat bandar raya itu untuk membina sebuah destinasi acara dan pelancongan sukan yang utama.

Changchun amat terkenal dengan kebaikan hati rakyatnya, dan telah menjadi tuan rumah kepada festival ski merentas desa antarabangsa, Vasaloppet China, selama 17 tahun berturut-turut. Landskap bandar raya itu, keghairahan rakyat dan persekitaran kemanusiaan telah mengagumkan pelari-pelari maraton dari China dan luar negara sepanjang tiga tahun yang lalu. Kuota untuk maraton tahun ini, lebih 30,000, telah habis ditempah dalam tempoh 24 jam.

“Perlumbaan maraton itu telah mengintegrasikan secara mendalam dengan ciri-ciri bandar Changchun, dengan menawarkan kepada pelari maraton dengan lebih banyak peluang untuk penyertaan, latihan dan pelancongan, ketika sektor itu berkembang,” kata Liu Haiyu, ketua bagi biro sukan bandar raya itu.
 
Sumber: Biro Sukan Changchun 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.