Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190528005674/en/Tarr mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam memimpin syarikat-syarikat perkhidmatan yang dibolehkan data dan teknologi terkemuka yang merangkumi pelbagai sektor. Sebelum ini, Tarr berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden bagi DigitalGlobe, Inc. di mana beliau mengetuai pelancaran produk-produk yang berinovatif yang memanfaatkan AI dan teknologi baharu yang lain, memasuki pasaran baharu dan hampir meningkatkan sehingga tiga kali ganda pendapatan syarikat itu. Sebelum DigitalGlobe, Tarr adalah merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi bagi IHS Inc. (kini dikenali sebagai IHS Markit Ltd.) di mana beliau membantu mengubah perniagaan itu menjadi sebuah penyedia maklumat dan wawasan yang pertumbuhan tinggi, margin tinggi.
“Pengalaman Jeff yang meluas dan tumpuan beliau untuk membina sebuah pasukan dan budaya yang berprestasi tinggi yang komited untuk membuka nilai bagi pelanggan dan pemegang saham menjadikan beliau pemimpin yang paling sesuai untuk fasa seterusnya di dalam pertumbuhan Solera,” kata Darko Dejanovic, Prinsip Pengendalian Vista dan ahli Lembaga Solera. “Semasa tempoh tugas Tony, pasukan Solera telah membina syarikat itu menjadi sebuah pemimpin dunia. Solera berada pada kedudukan yang mantap dan kami berharap dapat bekerja dengan dan menyokong Jeff ketika beliau membawa Solera ke tahap yang baharu.”
“Saya berbesar hati untuk menyertai Solera, dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan itu untuk terus mengembangkan syarikat itu, melabur dalam produk kami dan menyampaikan satu pengalaman yang terkemuka dalam industri kepada pelanggan dan rakan sekutu Solera,” kata Jeff Tarr, Ketua Pegawai Eksekutif Solera . “Selama lebih 50 tahun, Solera telah memanfaatkan data dan perisian untuk memberi perkhidmatan kepada industri automotif dan insurans. Dengan lebih 300 juta urus niaga pada setiap tahun merentasi seluruh ekosistem Solera pada hari ini, tiada syarikat yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggunakan data dan teknologi bagi melindungi aset yang mereka bergantung kepada untuk kehidupan seharian mereka.”
Tarr berkhidmat di beberapa lembaga korporat dan organisasi yang bersifat dermawan, termasuk sebagai Ahli di Lembaga Pengarah EchoStar Corporation, Pengerusi bagi Stanford Graduate School of Business Management Board, Pengerusi Bersama bagi Majlis Forum Ekonomi Dunia mengenai Masa Depan Teknologi Angkasa, Ahli Lembaga Yayasan Kecerdasan Geospatial Amerika Syarikat, dan seorang ahli bagi Majlis mengenai Hubungan Luar Negeri.
Maklumat mengenai SoleraSolera adalah sebuah peneraju dunia di dalam data pengurusan risiko dan aset dan penyelesaian perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) bagi industri automotif dan insurans. Solera aktif di lebih 90 buah negara merentasi enam benua. Solera mempunyai lebih daripada 235,000 pelanggan dan rakan sekutu, termasuk kebanyakan syarikat insurans P&C terbesar Amerika Syarikat dan Eropah dan kebanyakan OEM kenderaan terbesar di dunia, serta kerajaan negara, institusi kewangan, pengedaran kenderaan, kedai pembaikan kenderaan, pusat salvaj dan pembeli dan penjual kenderaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.solera.com.