ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  ​COAST AUTONOMOUS MENGOPTIMUMKAN KESELAMATAN KENDERAAN PEMANDUAN SENDIRI DENGAN COCOON LIDAR LEDDARTECH

Tuesday 04/06/2019



COAST Autonomous memilih teknologi LiDAR bentuk pepejal LeddarTech sebagai penyelesaian yang paling boleh dipercayai untuk mencapai tahap keselamatan maksimum untuk kenderaan pemanduan sendiri yang direka bentuk untuk persekitaran kampus dan bandar.

BANDAR QUEBEC, 4 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR automotif dan mobiliti, berbangga mengumumkan bahawa COAST Autonomous telah memilih LeddarTech untuk kenderaan ulang-alik autonominya. COAST Autonomous yang ditubuhkan oleh veteran industri pemanduan sendiri memilih teknologi LeddarTech disebabkan keupayaannya untuk memberikan keselamatan yang ditingkatkan kepada kenderaan COAST Autonomous. Keteguhan dan kebolehpercayaan teknologi bentuk pepejal LeddarTech memenuhi keperluan mobiliti hari ini yang mendesak dan menjadikannya teknologi pilihan ke arah mengelakkan pelanggaran dalam aplikasi henti dan jalan dengan menyingkirkan zon mati yang ditinggalkan oleh teknologi pengesanan lain.

COAST Autonomous telah membangunkan kenderaan pemanduan sendiri yang menyepadukan beberapa teknologi pengesanan, termasuk LiDAR, RADAR dan kamera. LiDAR LeddarTech memberikan liputan penuh tanpa zon mati dalam seluruh perimeter kenderaan, yang juga dipanggil sebagai kokun. Ini melindungi pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki yang mungkin mendekati kenderaan dalam situasi henti dan jalan.  LiDAR kokun LeddarTech menyediakan penyelesaian unik yang mendayakan kenderaan berautonomi sepenuhnya yang selamat. “Dengan tujuan untuk menyediakan perjalanan yang selamat kepada penumpang, pilihan teknologi pengesanan kami mengambil kira kematangan rakan kongsi yang bekerja dengan kami dan kebolehan mereka untuk menunaikan janji secara konsisten,” kata Pierre Lefevre, Ketua Pegawai Teknologi di COAST Autonomous. “Dengan lebih daripada sedekad pengalaman dalam membina sensor LiDAR, LeddarTech ialah rakan kongsi yang sempurna untuk kami dan telah menunjukkan bahawa mereka mampu melampaui jangkaan kami dengan konsisten.”

“Kami berbangga kerana penyelesaian LiDAR kokun kami dipilih dan dipercayai oleh COAST Autonomous untuk menjadi sebahagian daripada kenderaan pemanduan sendiri mereka,” kata Adrian Pierce, VP Pembangunan Jualan & Perniagaan Global LeddarTech. Beliau meneruskan, “COAST mempunyai rekod hebat dengan lebih 60 ujian dalam 7 negara berbeza dan sejarah menghantar lebih 120,000 penumpang yang mengagumkan. Elemen pertama dalam piagam Coast ialah keselamatan diutamakan dan pengerahan LiDAR kokun LeddarTech menyokong carter tersebut dan komitmen yang dibuat Coast kepada pelanggan mereka. ” En. Pierce menyimpulkan bahawa “menjadikan aplikasi mobiliti lebih selamat ialah teras jati diri kami. Teknologi kami menawarkan keseimbangan yang tepat antara prestasi dan keberkesanan kos dan sedia untuk dikerahkan hari ini.”

Perihal COAST Autonomous

COAST Autonomous ialah syarikat perisian dan teknologi yang fokus terhadap memberikan penyelesaian AV pada kelajuan yang sesuai untuk persekitaran bandar dan kampus. Misi COAST ialah untuk membina masyarakat dengan menghubungkan orang ramai dengan penyelesaian mobiliti yang mengutamakan pejalan kaki dan memberikan bandar kepada penduduknya. Di tengah salah satu inovasi baharu paling pantas dan penting yang mempengaruhi industri pengangkutan dan logistik, COAST telah membangunkan set penuh perisian Kenderaan Berautonomi (AV) yang termasuk pemetaan dan penyetempatan, robotik dan kecerdasan buatan (AI), sistem pengurusan dan pemantauan kenderaan. Bekerjasama dengan pengilang yang terbukti, COAST mampu membekalkan pelbagai kenderaan yang dilengkapi perisian terbaik untuk menawarkan penyelesaian Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) kepada bandar, taman tema, kampus, lapangan terbang dan persekitaran bandar lain. Bertapak di Pasadena, California, pasukan COAST diiktiraf untuk pengalaman dan kepakarannya dalam semua aspek pelaksanaan dan pengendalian kenderaan AV di samping mengutamakan keselamatan dan pengalaman pengguna. Untuk mengetahui cara COAST Autonomous boleh membantu anda menguasakan pengangkutan berautonomi dalam persekitaran anda, sila lawati www.coastautonomous.com.

Hubungan: Aimie Nghiem, Pengarah Pembangunan, COAST Autonomous
Tel: +1-626-838-2469 ANghiem@coastautonomous.com

Perihal LeddarTech®

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform pembangunan LiDAR automotif yang paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngineTM unik yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsi yang digunakan di samping perisian pemproses isyarat proprietari LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab terhadap beberapa inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti yang canggih, dengan lebih 70 teknologi dipatenkan  (20 menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan pemanduan berautonomi untuk kenderaan auto.

LeddarTech juga memberi khidmat kepada pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR bentuk pepejal berprestasi tinggi untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan robotaxi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Leddar, LeddarTech dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.