ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  OTSUKA CHEMICAL MENGAMBIL ALIH SEBAHAGIAN PERNIAGAAN CEFIXIME DARI ASTELLAS PHARMA

Friday 07/06/2019



TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Otsuka Chemical Co., Ltd. (Ibu pejabat: Chuo-Ku, Osaka; Presiden & Pengarah Perwakilan: Takeharu Harashima; selepas ini “Otsuka Chemical”) mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengambil alih sebahagian dari perniagaan Cefixime dari Astellas Pharma, Inc. (Ibu pejabat: Chuo-Ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Kenji Yasukawa, Ph.D., selepas ini "Astellas Pharma").

Melalui perjanjian ini, Otsuka Chemical memperoleh perniagaan Cefixime daripada Astellas Pharma untuk membekalkan API (Bahan Aktif Farmaseutikal) kepada pemegang lesen luar negara bersama-sama dengan aset seperti kontrak milik perniagaan pelesenan dan tanda niaga. Ini bermakna kemasukan syarikat kami ke dalam perniagaan API, yang mengakibatkan pengukuhan perniagaan berkaitan antibiotik bersepadu dari perantaraan kepada API.

Cefixime yang dibangunkan oleh Astellas Pharma adalah cephalosporin generasi ketiga dengan aktiviti antibakteria terhadap bakteria gram-positif dan gram-negatif dan ia secara meluas digunakan di seluruh dunia.

Sebagai tambahan kepada bidang perniagaan utama bahan kimia, Otsuka Chemical akan terus mengukuhkan teknologi pembuatan API berkualiti tinggi dan kuasa pemasaran dan jenama mereka untuk mempromosikan perniagaan berkaitan farmaseutikal dan perniagaan CMO dengan memanfaatkan teknologi utama yang terdapat dalam bidang organik dan bahan kimia bukan organik.
 
Profil Syarikat
 
Otsuka Chemical Co., Ltd.
Ditubuhkan :  29 Ogos, 1950
Modal :  5 bilion yen
Presiden :  Takeharu Harashima, Presiden dan Pengarah Perwakilan
Ibu Pejabat :  3-2-27, Ote-Dori, Chuo-Ku, Osaka, 540-0021 Jepun
Kakitangan :  1,857 (disatukan; pada 31 Disember, 2018)
Deskripsi Perniagaan : Perkilangan dan jualan produk kimia
 
 
Astellas Pharma Inc.
Ditubuhkan :  April 1923
Modal :  103 billion yen
Presiden :  Kenji Yasukawa, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat :  2-5-1, Nihonbashi-Honcho, Chuo-Ku, Tokyo 103-8411, Jepun
Kakitangan :  16,243 (disatukan pada 31 Mac, 2019)
Deskripsi Perniagaan :  Penyelidikan dan pembangunan, perkilangan dan jualan farmaseutikal
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190604006187/en/

Hubungi

Hidetosihi Hironishi
Otsuka Chemical Co., Ltd.
Hal Ehwal Am
Occ.Release@otsuka.jp

Sumber : Otsuka Chemical Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.