WATERLOO, Ontario, 7 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies (NYSE: TDY) dan peneraju global dalam teknologi visi mesin, berbangga mengumumkan siri
Genie Nano-CXP barunya, siri CoaXPress kamera pengesanan kawasan CMOS yang mentakrifkan semula prestasi dan menampilkan On-Semiconductor dan sensor E2V yang terkini.
Sensor CMOS imej terkemuka industri baru ini berada dalam julat resolusi 16 hingga 67 megapiksel dengan tambahan teknologi CoaXPress 6.25 Gbps yang menawarkan kelajuan menakjubkan, kualiti binaan yang teguh untuk pelbagai suhu pengendalian, serta ciri tiada bandingan pada harga yang hebat. Dilengkapkan sepenuhnya oleh pemegang bingkai
Xtium-CXP separa panjang, ia direka bentuk untuk berfungsi secara selaras, meminimumkan penggunaan CPU dan meningkatkan masa pemprosesan oleh aplikasi hos dengan mendayakan hasil mapan maksimum dan data imej yang sedia untuk digunakan.
Menawarkan 25 juta piksel pada 80 bps dalam bentuk faktor kecil, kamera Genie Nano-CXP baru ini direka untuk memberikan hasil berkelajuan tinggi dan boleh diharap untuk aplikasi seperti pemeriksaan wafer semikonduktor, penghasilan elektronik, pemeriksaan panel solar dan visi mesin.
Ciri Utama: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang model Genie Nano-CXP, lawati tapak web. Untuk imej berkualiti tinggi, sila lawati
kit media dalam talian kami.
Teledyne DALSA ialah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dunia dalam rekaan, pengilangan dan penyediaan komponen pengimejan digital untuk pasaran visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan automatik di seluruh dunia dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, sel suria, paparan panel rata, barangan elektronik, automotif, perubatan, pembungkusan dan pengilangan umum. Untuk maklumat lanjut, lawati
www.teledynedalsa.com/mv.
Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat termaju yang bernaung di bawah jenama Teledyne.
Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial serta penyelesaian MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang paling sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian penglihatan mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.
Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.Hubungan Media:Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media & Pembangunan Kandungan Global
519-886-6000 samb. 2187
geralyn.miller@teledyne.comHubungan Jualan:Sales.americas@teledyne.comSales.europe@teledyne.comSales.asia@teledyne.comFoto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4e3b0d4b-4ab1-440d-856b-709c493433ee Sumber: Teledyne DALSA
--BERNAMA