ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR KELUARGA BAHARU BAGI GEGANTI FOTO YANG DIPACU OLEH VOLTAN RENDAH

Tuesday 11/06/2019



--Geganti foto dalam pakej kecil membolehkan pemasangan berkepadatan tinggi dalam aplikasi peralatan ujian --

TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”), pemimpin industri di dalam pengecilan geganti foto yang canggih, telah memperkenalkan sebuah keluarga terdiri daripada lima buah geganti foto baharu yang ditempatkan di dalam pakej paling kecil[1] di dalam industri, S-VSONR4 (2.0mm x 1.45mm). Peranti baharu itu sesuai untuk digunakan dalam peralatan ujian automatik, penguji memori, penguji SoC / LSI dan kad siasatan. Penghantaran sudah bermula.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190610005013/en/

Kedua-dua siri TLP34xxSRL (dua peranti) dan siri TLP34xxSRH (tiga peranti) mempunyai ciri-ciri yang dipacu oleh voltan input. TLP3406SRL dan TLP3407SRL menyokong satu julat voltan DC bagi 1.8V (jenis) hingga 3.3V (jenis), manakala TLP3406SRH, TLP3407SRH dan TLP3412SRH menyokong satu julat voltan DC bagi 3.3V (jenis) hingga 5V (jenis), ciri-ciri yang meningkatkan keserasian dengan FPGA voltan rendah pada hari ini.

Geganti foto baharu itu ditempatkan dalam pakej S-VSONR4 yang kecil dan memerlukan satu ruang pemasangan 2.9mm2, satu jejak kira-kira 27% lebih kecil daripada pakej generasi terdahulu Toshiba, VSONR4 (2.75mm x 1.45mm). Di samping itu, kesemua mereka mempunyai satu perintang input terbina dalam, sekali gus menghapuskan keperluan untuk satu perintang input luaran, yang menjimatkan ruang. Pembungkusan kecil dan keperluan ruangnya akan membolehkan jurutera untuk membuat reka bentuk papan ujian yang lebih kecil, terutamanya kad siasatan. Ia juga membolehkan peningkatan di dalam jumlah geganti foto pada papan untuk mencapai penyelesaian kepadatan yang lebih tinggi.
 
Walaupun saiz pakej mereka yang kecil, geganti foto baharu itu boleh memacukan arus besar: sehingga 1.5A untuk TLP3406SRx dengan satu voltan offstage VOFF bagi 30V dan satu rintangan keadaan HIDUP Ron bagi 0.2Ω (maksimum); dan sehingga 1A untuk TLP3407SRx dengan VOFF bagi 60V dan Ron bagi 0.3Ω. TLP3412SRH boleh memacukan sehingga 0.4A (VOFF = 60V / Ron = 1.5Ω). Ini menjadikan mereka sangat sesuai untuk aplikasi peranti bekalan kuasa merentas pelbagai peralatan ujian. Kesemua peranti baharu itu mempunyai satu julat suhu operasi yang dijamin hingga 110 ℃ (maksimum).

Ciri-ciri
  • Pakej paling kecil bagi mana-mana geganti foto kawalan input voltan: ruang permukaan 2.9mm(jenis) (setakat 4 Jun, 2019)
  • Dua voltan input yang digunakan untuk isyarat kawalan: DC 1.8V (jenis) dan DC 3.3V (jenis)
  • VOFF menyokong 30V/60V, ION  menyokong 0.4A hingga 1.5A.
Penggunaan
  • Peralatan ujian automatik (ATE), penguji memori, pengesan SoC dan LSI dan kad siasatan
Sila klik di sini untuk Spesifikasi Utama

Nota:
[1] Ruang permukaan 2.9mm2. Untuk produk geganti foto; tinjauan Toshiba, setakat 4 Jun, 2019.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan geganti foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190610005013/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.