TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan bahawa pemproses pengenalan imej Visconti
TM4 mereka adalah satu komponen utama di dalam sistem bantuan pemandu bagi kenderaan Toyota Motor Corporation (“Toyota”) yang mencatatkan markah yang terkemuka di dalam industri dalam Program Penilaian Kereta Baharu Jepun 2018 (JNCAP), program kerajaan yang menilai keselamatan jalan raya bagi kenderaan baharu. Toyota Alphard/Vellfire telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi Anugerah Grand Prix untuk prestasi keselamatan pencegahan, dan Toyota Crown dan Corolla Sport kedua-duanya telah dinilai sebagai ASV
[1]+++, tahap paling tinggi untuk kenderaan keselamatan termaju.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190611005369/en/Kemajuan di dalam sistem bantuan pemandu telah membawa kenderaan autonomi semakin hampir, tetapi juga meningkatkan kebimbangan untuk memastikan jalan raya selamat dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Toshiba sedang menyumbang kepada masa depan kenderaan yang selamat dengan menyalurkan pengetahuan mereka dalam rangkaian
deep neural dan teknologi sensor dan imejan ke dalam siri Visconti
TM bagi pemproses imej LSI untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).
JNCAP telah dimulakan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1995 untuk menggalakkan keselamatan bagi kereta baharu yang dilancarkan di Jepun oleh pembuat domestik dan luar negara. Program itu menyatukan keputusan bagi ujian keselamatan kenderaan yang dijalankan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), dan Agensi Kebangsaan bagi Keselamatan Automotif dan Bantuan Mangsa (NASVA). Ujian meliputi prestasi keselamatan pencegahan, prestasi keselamatan perlanggaran, dan prestasi perlindungan pejalan kaki. Penilaian Prestasi Keselamatan Pencegahan menilai teknologi keselamatan canggih seperti membrek mengurangkan kerosakan.
Toshiba membekalkan Visconti
TM4 kepada kenderaan Toyota sebagai sebahagian daripada Sistem Keselamatan Aktif Berasaskan Kamera Depan milik DENSO Corporation. Keupayaan LSI untuk memproses perbezaan luminans di antara objek dan latar belakang mereka, merealisasikan pengesanan yang lebih baik bagi pejalan kaki pada waktu malam dan dalam keadaan cahaya yang rendah, untuk membantu kenderaan Toyota memenangi markah tinggi dalam menilai untuk membrek mengelakkan perlanggaran bagi pejalan kaki. Alphard/Vellfire yang menyepadukan sistem itu menerima markah tinggi sebanyak 126 mata dan meraih Anugerah Grand Prix untuk penilaian prestasi keselamatan pencegahan, dan semua model Toyota yang mengintegrasikan Visconti
TM4 telah dinilai sebagai ASV +++.
Toshiba terus menyalurkan sumber ke dalam Visconti
TM, dan ke dalam peranti automotif berinovatif yang lain yang akan menyumbang kepada ADAS. Syarikat itu kini sedang membangunkan Visconti
TM5, yang akan memberikan IP Rangkaian
Deep Neural termaju, dan menjangka untuk memulakan penghantaran sampel pada September tahun ini.
Nota[1] ASV: Kenderaan Keselamatan Termaju
* Visconti
TM adalah sebuah tanda perniagaan milik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html