ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  WBFEX ADALAH BURSA KRIPTO YANG DINANTI-NANTIKAN DI DUNIA PADA 2019, KATA KUMPULAN WBF

Wednesday 12/06/2019



WBFex: Untuk Membina satu Empayar Trafik dan Menjadi sebuah Pemimpin Dunia

SHANGHAI, 12 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan WBF telah diasaskan di Wall Street di New York, dan telah melancarkan bursa WBFex pada tahun 2018. Selepas generasi pertama bagi “Bursa Mata Wang Kripto Terpusat” dan generasi kedua “Bursa Aset Digital Berplatform,” Bursa WBF telah mempelopori konsep baharu bagi “Generasi III bagi Bursa Aset Digital” dan menggunakan pelbagai teknologi perlindungan keselamatan untuk mewujudkan sebuah platform perkhidmatan bersepadu kewangan digital global.

Objektif WBFex adalah untuk mencapai 4.5 juta pengguna platform berdaftar menjelang 31 Disember, 2019, dan mempunyai 18 juta pengguna platform berdaftar menjelang 30 Jun, 2020. Bursa WBFex merancang untuk melancarkan perdagangan kontrak berterusan yang baharu (satu jenis kontrak niaga hadapan yang popular) pada Oktober 2019, yang mana WBFex berhasrat untuk menjadi bursa aset digital terbesar bagi pengguna berdaftar di seluruh dunia.

WT: Enjin Stim dalam Era Digital, satu Token Seratus kali Ganda yang Tidak Boleh Dilepaskan

Token WBF (WT) adalah mata wang platform bagi Bursa WBFex, dan berada pada kedudukan untuk menjadi “enjin stim dalam era digital,” kata Kumpulan WBF.

WT adalah sebuah aset digital yang tak terpusat yang didasarkan kepada blok rantai Ethereum, dan jumlah terbitan bagi WT akan berjumlah 300 juta (300,000,000) token. Jumlah bekalan peredaran telah ditetapkan pada 100 juta (100,000,000) token, dan ia mempunyai lapan fungsi asas seperti pemusnahan WT yang biasa.

WT mempunyai satu asas platform yang sangat kuat. Pasukan pengurusan kanan WBFex terdiri daripada elit kewangan dan teknologi dari New York, Singapura, dan China, di mana minda yang paling pandai dengan kepakaran yang paling mendalam berkumpul bersama di bursa WBFex itu.

WBFex: “Binance atau Bursa Mata Wang Kripto Seterusnya,” untuk Memimpin Gelombang Kripto yang Seterusnya

Sebagai token utiliti kripto yang paling dinanti-nantikan di dunia pada tahun 2019, WT telah tersebar dengan pantas di kalangan ruang mata wang kripto. Di sepanjang keseluruhan industri kewangan dan teknologi, adalah diyakini bahawa bursa WBFex akan menjadi “Binance yang Seterusnya” dan WT bakal menjadi token seratus kali ganda yang seterusnya.

WT pada masa ini hanya boleh dibeli di laman web rasmi Bursa WBFex. Pelabur yang berminat untuk membeli WT, sila terus ke www.wbfex.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190611005601/en/

Hubungi
WBFex
Alieen Tang
tangying@wbf.io
www.wbfex.com

Sumber : WBFex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.