ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MAKMAL INOVASI WARNERMEDIA TERUS MENJURUS KEPADA TEKNOLOGI MASA HADAPAN DENGAN BEBERAPA PENGUMUMAN PENTING

Monday 17/06/2019



Makmal mengumumkan Ruang Fizikal Bandar Raya New York dengan Keupayaan 5G, Perkongsian dengan WarnerMedia Ad Sales dan Xandr AT&T serta Pelantikan sebuah Firma Reka Bentuk

NEW YORK, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Makmal Inovasi WarnerMedia telah membuat beberapa pengumuman penting hari ini, sekali gus memperdalamkan komitmen mereka kepada teknologi canggih dan pengeraman bagi produk, perkhidmatan dan pengalaman yang dihadapi pengguna baharu. Pengumuman ini termasuk lokasi ruang fizikal mereka di Bandar Raya New York yang akan dikuasakan oleh rangkaian 5G AT&T, menjadikannya satu daripada pusat pengalaman 5G kekal AT&T yang pertama. Makmal itu juga mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka dengan WarnerMedia Ad Sales dan dengan Xandr, syarikat pengiklanan dan analitik termaju AT&T. Akhir sekali, Makmal itu mengumumkan pelantikan sebuah firma seni bina untuk memimpin reka bentuk bagi ruang fizikal itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005252/en/

Makmal Inovasi WarnerMedia itu akan menjadi satu pembinaan baharu yang mencakupi satu kemudahan berkeluasan 20,000 kaki persegi yang terletak di kawasan kejiranan Chelsea di Manhattan, yang menampilkan satu zon mendalam untuk mempamerkan pengalaman yang tersedia bagi pengguna yang boleh dilihat kepada orang ramai, ruang acara dalaman dan luaran yang fleksibel, persekitaran R&D yang khusus dan sebuah ruang kerja moden yang terbuka dan kolaboratif.

“Makmal itu adalah lebih daripada sebuah inkubator teknologi, tetapi juga sebuah kilang impian bagi kami untuk mewujudkan kehebatan yang dicintai oleh peminat  dan yang diharapkan dari WarnerMedia,” kata Jesse Redniss, Pengurus Besar, Makmal Inovasi WarnerMedia. “Di sini, kami akan membekalkan keupayaan bercerita WarnerMedia yang kreatif yang digabungkan dengan teknologi canggih dari AT&T dan rakan kami untuk menyampaikan pengalaman yang akan diperkatakan untuk sepanjang tempoh hayat.”

Makmal itu, yang dijangka membuka pintu mereka kepada rakan-rakan strategik dan pasukan unit perniagaan bersilang WarnerMedia pada awal tahun 2020, akan membawa pengalaman 5G ke dalam kehidupan menerusi inisiatif penerokaan dan pembangunan, yang membolehkan ekosistem kolaborasi maya tepat masa merentasi WarnerMedia dan penawaran AT&T. Berita hari ini membina di atas komitmen AT&T untuk menawarkan 5G merentasi harta WarnerMedia. Dari Makmal Inovasi di Bandar Raya New York kepada Warner Bros. di Los Angeles bertepatan untuk AT&T SHAPE, kepada The Lounge oleh AT&T di Seattle dan studio Atlanta WarnerMedia, 5G mempunyai kuasa untuk mengubah cara kandungan WarnerMedia dibuat dan digunakan.

“Dengan bekerja merentasi AT&T, kami dapat menggabungkan teknologi terkini dalam teknologi 5G dengan pengalaman kandungan yang mendalam dan keupayaan pengiklanan yang serba canggih,” kata David Christopher, presiden bagi Mobiliti dan Hiburan AT&T. “Makmal Inovasi WarnerMedia akan menjadi sebuah ruang di mana pemaju, pencipta dan pelawat akan mendapat ilham untuk menolak sempadan hiburan, kesemuanya dikuasakan oleh syarikat itu yang merupakan yang pertama yang memperkenalkan Amerika Syarikat kepada kuasa 5G mudah alih.”

Komitmen WarnerMedia terhadap keupayaan Makmal itu untuk merevolusikan pengalaman peminat secara keseluruhan termasuk pengiklanan juga. Dan Riess, Ketua bagi Pengiklanan Lanjutan dan Kandungan Berjenama, WarnerMedia Ad Sales, mengulas, “Penceritaan adalah di dalam DNA syarikat kami dan sebahagian daripada pengalaman itu adalah bagaimana kandungan itu dinikmati, termasuk pengiklanan. Makmal itu merupakan satu bahagian penting di dalam pengujian dan pembelajaran kami mengenai pengalaman baharu di dalam pengiklanan yang kami akan keluarkan ke pasaran.”

Makmal Inovasi WarnerMedia juga akan disokong oleh wawasan pengguna dan teknologi dari Xandr, syarikat pengiklanan dan analisis termaju AT&T, ketika ia terus menguji dan membangunkan keupayaan pengiklanan baharu yang membuat mesej jenama lebih relevan dan melibatkan pengguna. Gabungan yang berkuasa ini akan memberikan pengalaman pengguna yang berinovatif dan memupuk satu semangat keusahawanan merentasi portfolio penuh bagi jenama WarnerMedia.

“Setiap hari, Xandr mencari cara inovatif yang baharu untuk membantu pemasar dan mencipta satu pengalaman tontonan yang lebih baik bagi pengguna,” kata Kirk McDonald, Ketua Pegawai Pemasaran, Xandr. "Bekerjasama dengan rakan-rakan kami di AT&T Communications dan WarnerMedia, kami berada pada kedudukan yang unik untuk membangunkan inovasi pengiklanan baharu yang melibatkan pengguna dan memberikan maklumat balas yang penting bagi pemasar dan jenama. Makmal Inovasi WarnerMedia akan mempercepatkan penggunaan format pengiklanan baharu dan menyediakan suatu persekitaran untuk mempamerkan usaha kolaborasi kami.”

Kemajuan pengiklanan baharu itu juga membolehkan pemasar untuk mempelajari bagaimana mesej mereka bergema dengan penonton, ketika Makmal itu memperkenalkan satu keseimbangan baharu di dalam hubungan di antara pengiklanan, teknologi dan kandungan. Inovasi itu akan termasuk aplikasi MR/VR, penggunaan 5G yang meningkatkan keupayaan pengiklanan baharu, dan pengalaman UI/UX yang lebih baik untuk Menjadikan Pengiklanan Perkara Penting.

Firma reka bentuk seni bina Design Republic telah dianugerahkan projek perkhidmatan itu untuk ruang fizikal Makmal itu di Bandar Raya New York, dengan kerja bermula musim panas ini. Design Republic adalah sebuah firma reka bentuk seni bina yang telah memenangi anugerah yang mengkhususkan diri dalam reka bentuk di tempat kerja korporat, peruncitan, dan teknologi media, dan telah dipilih berdasarkan budaya mereka yang sesuai dengan konsep reka bentuk dan pendekatan berinovatif WarnerMedia, seperti yang dibuktikan oleh usaha baru-baru ini dengan pelanggan termasuk Nasdaq, Bvlgari dan Bleacher Report dari WarnerMedia sendiri.

“Design Republic sangat teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan WarnerMedia bagi peluang ini,” kata Inga Kruliene, LEED AP, Pengasas Bersama dan Prinsipal, Design Republic. “Kami teruja untuk memulakan perjalanan ini ketika kami mengembangkan cerita di belakang Makmal Inovasi dan membantu membawa kehidupan dan kegembiraan kepada pengalaman yang benar-benar mendalam ini.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.warnermediagroup.com.

Maklumat mengenai WarnerMedia

WarnerMedia adalah sebuah syarikat media dan hiburan terkemuka yang mencipta dan mengedarkan kandungan premium dan popular daripada pelbagai tukang cerita dan wartawan yang berbakat kepada penonton global melalui jenama pengguna mereka termasuk: HBO, Warner Bros., TNT, TBS, CNN, DC Entertainment, New Line, Cartoon Network, Adult Swim, Turner Classic Movies, truTV dan lain-lain.

WarnerMedia adalah merupakan sebahagian daripada AT&T Inc. (NYSE:T).

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005252/en/

Hubungi
Ashok Sinha
Ashok.Sinha@turner.com
212-275-5447

Lisa Marzullo
Lisa.marzullo@turner.com
212-275-6190

Sumber : WarnerMedia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.