ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  ​KAJIAN DARI PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGENAL PASTI ENAM TEKNOLOGI AI YANG MEMBERI IMPAK KEPADA PROFESIONAL PROJEK

Tuesday 18/06/2019



PHILADELPHIA, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengeluarkan Laporan Terperinci Pulse of the Profession® 2019: Inovator AI: Memecahkan Kod berhubung Prestasi Projek. Laporan itu menyediakan satu pandangan terperinci tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI)  memberi impak kepada organisasi dan profesion pengurusan projek. Penemuan menunjukkan bahawa gangguan AI sedang berlaku dan pada satu skala yang besar: 81 peratus daripada responden melaporkan organisasi mereka sedang menerima impak oleh teknologi AI; 37 peratus berkata menggunakan teknologi AI adalah satu keutamaan yang tinggi bagi organisasi mereka; dan profesional projek berkata mereka menjangka perkadaran bagi projek yang mereka uruskan menggunakan AI akan melonjak dari 23 kepada 37 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005558/en/


Pandangan ini dari satu kaji selidik ke atas 551 pengamal pengurusan projek di seluruh dunia menunjukkan bahawa kehadiran teknologi AI akan terus berkembang, memerlukan perubahan di dalam bagaimana projek-projek diuruskan dan bagaimana organisasi melaksanakan strategi. Laporan itu mengenal pasti enam teknologi AI yang memberi kesan kepada organisasi di seluruh dunia. Tiga teknologi AI yang pada masa ini memberi kesan ke atas sejumlah besar organisasi adalah:

·    Sistem berasaskan pengetahuan: Memahami konteks bagi data yang diproses, membantu menyokong pembelajaran manusia dan membuat keputusan.

·    Pembelajaran mesin: Menganalisis data untuk membina model dengan mengesan corak, menghasilkan pembuatan keputusan yang lebih baik dengan campur tangan manusia yang minimum.

·    Pengurusan keputusan: Mewujudkan sebuah proses pintar atau set proses yang berasaskan kepada peraturan dan logik untuk mengautomasikan pembuatan keputusan.

Sepanjang tiga tahun akan datang, profesional projek menjangkakan impak daripada teknologi AI akan berkembang:

·    Sistem Pakar: Mengikuti dan meniru kecerdasan, kemahiran atau tingkah laku manusia dalam satu bidang, topik atau kemahiran tertentu.

·    Pembelajaran yang mendalam: Membina, melatih dan menguji rangkaian saraf yang meramalkan hasil dan/atau mengelaskan data yang tidak berstruktur berdasarkan kepada kebarangkalian.

·    Automasi proses robotik: Meniru dan mengautomasikan tugas manusia untuk menyokong proses korporat.

Dalam satu laporan Pulse of the Profession® baru-baru ini, PMI menggesa organisasi untuk meningkatkan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ), yang merupakan satu cara untuk menilai keupayaan sesebuah organisasi bagi mengurus dan mengintegrasikan teknologi berasaskan kepada keperluan organisasi itu atau projek yang sedang dikendalikan. Ketika organisasi semakin menggunakan teknologi AI, mempunyai sebuah PMTQ yang kukuh akan menjadi penting.

“Apa yang ditunjukkan oleh laporan ini ialah masanya adalah sekarang untuk mula memikirkan mengenai bagaimana organisasi boleh memanfaatkan teknologi AI untuk mencapai kejayaan projek,” kata Michael DePrisco, naib presiden bagi penyelesaian global di PMI. “Memandangkan profesional projek secara amnya bertanggungjawab untuk membantu melaksanakan perubahan, mereka akan memainkan satu peranan penting dalam mempengaruhi penerapan teknologi ini di dalam organisasi mereka. Berdasarkan kepada kajian PMI, kita tahu bahawa organisasi dengan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ) yang tinggi memahami bahawa menawan nilai AI akan mengambil lebih daripada sekadar melancarkan teknologi itu. Ia akan memerlukan satu set minda yang baharu, satu budaya pembelajaran dan sokongan daripada pihak atasan untuk mewujudkan sebuah infrastruktur organisasi yang membawa kepada kejayaan.”

Malahan, penyelidikan oleh Accenture mendapati bahawa kebanyakan organisasi yang berwawasan menggunakan lima prinsip utama bagi pelaburan AI mereka. Diberi nama  prinsip MELDS, mereka menggesa organisasi untuk:

·  Menggalakkan Set Minda yang betul

·  Menggalakkan Eksperimentasi

·  Menyokong secara aktif melibatkan Kepimpinan

·  Menggabungkan Data ke dalam strategi

·  Memupuk Kemahiran baharu

Organisasi yang mempelopori lima prinsip ini dinamakan Inovator AI dan lebih berkemungkinan daripada organisasi yang tidak merangkumi mana-mana daripada prinsip itu (AI Laggards atau yang tertinggal di belakang) untuk mewujudkan sebuah infrastruktur organisasi yang membawa kepada kejayaan projek. Mengikut data Pulse®, terdapat ganjaran yang berbeza bagi organisasi yang mendahului cara dengan AI. Inovator AI mengatasi AI Laggards pada beberapa metrik projek utama: 

·    Penghantaran tepat masa yang lebih baik: Inovator AI melaporkan bahawa mereka menyampaikan 61 peratus daripada projek mereka tepat pada waktunya, berbanding 47 peratus untuk AI Laggards. 

·    Realisasi manfaat yang unggul: Inovator AI melaporkan 69 peratus daripada projek mereka merealisasikan 95 peratus atau lebih manfaat perniagaan mereka, berbanding dengan 53 peratus bagi projek untuk AI Laggards.

·    ROI yang lebih Tinggi: Inovator AI melaporkan 64 peratus daripada projek mereka memenuhi atau melebihi anggaran ROI asal mereka, berbanding 52 peratus daripada projek untuk AI Laggards.  

Kejayaan pelaksanaan teknologi AI memerlukan organisasi untuk mengalihkan keutamaan mereka. Bukan sahaja ia penting untuk melihat pada PMTQ sebagai satu ukuran ketersediaan, tetapi juga bagaimana sesebuah organisasi dapat mematuhi prinsip MELDS. Ini akan menjadi sangat penting ketika semakin banyak teknologi AI diintegrasikan ke dalam operasi pada tahun-tahun akan datang.

Baca maklumat lanjut mengenai Laporan Terperinci Pulse of the Profession® 2019: Inovator AI: Memecahkan Kod berhubung Prestasi Projek di www.PMI.org/Pulse.  

Maklumat mengenai Tinjauan Pulse of the Profession® PMI

Penyelidikan Terperinci Pulse of the Profession® ini telah dijalankan secara dalam talian pada April/Mei 2019 di antara 551 pengamal pengurusan projek di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)
Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas.
 
Layari kami di www.PMI.org,www.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005558/en/


Hubungi

Mary Ortega
Pakar Perhubungan Awam
Project Management Institute
14 Campus Blvd.
Newtown Square, PA 19073
Telefon: +1 610 356 4600 X7030
E-mel: mary.ortega@pmi.org
Laman web: www.pmi.org

Sumber : Project Management Institute (PMI)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.