Pemimpin global mempamerkan Penyelesaian Pertumpuan PMR pada CCW 2019KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera, penyedia terkemuka dunia bagi penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian, mempamerkan pelbagai penyelesaian komunikasi tumpuan pintar dari 18 hingga 20 Jun di Dunia Komunikasi Kritikal 2019 (CCW 2019) di Kuala Lumpur.
Berdasarkan kepada pemahaman sepenuhnya mengenai cabaran komunikasi merentasi pelbagai industri dan memahami secara menyeluruh keperluan pelanggan yang kompleks, Hytera telah membuat kemajuan yang luar biasa di dalam pembangunan komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian. Pada pameran itu, Hytera membentangkan Penyelesaian PMR Inovatif dan Pertumpuan. Satu siri penuh bagi produk berasaskan jalur sempit telah dipamerkan, termasuk produk generasi akan datang DMR dan radio mudah alih baharu TETRA. Penyelesaian jalur lebar-jalur sempit merupakan satu lagi acara kemuncak pada pameran itu. Ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang lebih tinggi untuk aplikasi data besar, dan komunikasi kecemasan dan disatukan dan pada masa yang sama memastikan perkhidmatan suara misi kritikal kekal dapat diakses dengan pasti. Radio termaju berbilang mod yang canggih itu, yang terdiri daripada siri PDC dan siri PTC, ditunjukkan bagaimana untuk digunakan pada senario di mana ia berhijrah dari rangkaian jalur sempit kepada jalur lebar. Ketika pelbagai industri telah meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan data jalur lebar, dan arahan dan penghantaran multimedia, Hytera mempamerkan Penyelesaian Jalur Lebar mereka dengan satu suite penyelesaian LTE yang lengkap, termasuk penyelesaian P-LTE, V-LTE dan MCS (Misi Kritikal Perkhidmatan), untuk memenuhi secara komprehensif keperluan pelanggan dalam pelbagai industri dan memacukan untuk kemas kini bagi rangkaian komunikasi. Komponen utama, aplikasi Hytera PMR-IoT (Internet Benda) juga ditunjukkan, seperti pemantauan tepat masa, penghantaran panggilan suara, dan penyatuan dengan CCTV. PMR-IoT boleh menyediakan perkhidmatan pengumpulan data berdasarkan kepada keselamatan tinggi, kebolehpercayaan dan penghantaran tepat masa bagi rangkaian profesional.
Di bawah tajuk MEMIMPIN UNTUK MASA HADAPAN, Hytera menunjukkan penyelesaian komunikasi tumpuan pintar menerusi aplikasi yang matang dan jelas di dalam sektor keselamatan awam, tenaga, pengangkutan, kecemasan dan operator, yang memberi tumpuan kepada membolehkan pelanggan dengan perlindungan rangkaian yang boleh dipercayai, meningkatkan perhubungan dan analisis data dalam persekitaran kompleks di tempat mereka bekerja, dan membantu pelanggan menghubungkan data dengan penumpuan dan mewujudkan keselamatan dengan kebijaksanaan.
Penyelesaian keselamatan awam termasuk Perintah dan Kawal Bersepadu (ICC), penghantaran AR, kenderaan polis pintar, dan produk tindak balas kecemasan untuk membantu pelanggan mencapai kesedaran keadaan yang lebih komprehensif, tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan penguntukan sumber yang lebih tepat.
Penyelesaian komunikasi pengangkutan turnkey mereka termasuk infrastruktur sistem TETRA+LTE, sistem ICC dan peralatan dipasang di kereta api yang disesuaikan untuk membantu pelanggan mempunyai pengangkutan bandar yang “selamat, teratur dan efisien.”
Hytera juga memaparkan penyelesaian mereka yang boleh dipercayai dan cekap bagi sektor tenaga, termasuk sistem DMR&TETRA, terminal yang kalis letupan, sistem SCADA dan penyelesaian LTE. Pengguna akhir dari sektor minyak & gas, elektrik dan perlombongan boleh menikmati perkhidmatan suara, imej, video dan IoT untuk mencapai kecekapan dan keselamatan tanpa kompromi.
Pada tahun ini, Hytera mempamerkan penyelesaian Hytalk mereka dan radio PoC yang menyasarkan kepada pengendali rangkaian awam. Mereka didayakan dengan lebih banyak model keuntungan memandangkan mereka boleh menyediakan lebih banyak perkhidmatan aplikasi seperti pengurusan hierarki sistem dan penjadualan yang fleksibel ke atas pelbagai rangkaian untuk pengguna menegak.
Di samping itu, Hytera berkongsi pengalaman mereka yang berjaya dengan pelawat bagi membolehkan mereka memahami sepenuhnya bagaimana Hytera menyelesaikan masalah komunikasi profesional merentasi pelbagai teknologi dan piawaian.
Di CCW, Hytera menunjukkan transformasi mereka yang lengkap dari sebuah pembekal produk komunikasi kepada sebuah pembekal penyelesaian bersepadu profesional dan mendapat satu penemuan industri dalam masa baharu bagi komunikasi tanpa wayar. Industri komunikasi tanpa wayar telah berubah dengan dramatik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sementara Hytera telah dan akan komited kepada penyelidikan dan pembangunan bebas untuk memimpin masa hadapan, dan menjadikan teknologi terkemuka menjadi penyelesaian komunikasi pertemuan dengan kecemerlangan pengurusan dan operasi bagi mewujudkan nilai pelanggan yang lebih besar.
Maklumat mengenai HyteraDiwujudkan pada tahun 1993, Hytera didedikasikan untuk menyediakan penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian yang disesuaikan dan lengkap untuk kerajaan dan keselamatan awam, utiliti, pengangkutan, perusahaan & perniagaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi dan menjadikan dunia lebih selamat. Pada tahun 2017, Sepura Group PLC (di United Kingdom) dan anak syarikatnya Teltronic S.A.U. (di Sepanyol) menjadi sebahagian daripada Hytera pada Mei, dan Norsat International Inc. (di Kanada) dan Bahagian Sinclair mereka menjadi sebahagian daripada Hytera pada Julai.
Galeri Foto/Multimedia tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52000412/enHubungiJean Shen
Hytera Communications Corporation Limited
+86 755 26972999
jean.shen@hytera.comSumber : Hytera Communications Corporation LimitedTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA