ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  HYTERA LANCAR RADIO TERMAJU BERBILANG MOD BAHARU

Monday 24/06/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 19 Jun, Hytera telah melancarkan sebuah radio termaju berbilang mod baharu di CCW 2019 di Malaysia, yang akan membawa teknologi komunikasi radio profesional terkini kepada pelanggan dari sektor awam dan swasta.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190621005184/en/

Sebagai satu daripada pameran PMR yang paling terkenal di dunia, CCW telah menarik banyak perhatian dan penyertaan daripada pengguna profesional, pengusaha, pemaju dan pengeluar yang terkemuka dari seluruh dunia. Hibrid jalur lebar dan jalur sempit yang berinovatif itu adalah tempat tarikan semasa pameran ini. Kali ini Hytera mempersembahkan rangkaian lengkap radio termaju berbilang mod yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Radio termaju berbilang mod baharu PTC680 itu memberi tumpuan kepada misi kritikal untuk menyediakan sama sekali komunikasi suara yang boleh dipercayai untuk responder pertama. Ia adalah sebuah peranti hibrid radio TETRA profesional dengan sebuah platform telefon pintar berasaskan Android yang termaju di dalamnya. Oleh itu, ia dapat memenuhi pelbagai keperluan, seperti suara misi kritikal dan perhimpunan multimedia, dan membantu pelanggan untuk bekerja dengan lancar. Ia juga boleh memberikan ciri-ciri keselamatan pada tahap tinggi yang melindungi komunikasi misi kritikal anda.

PTC680 mengamalkan reka bentuk interaksi berorientasikan manusia, dengan menawarkan anda akses yang pantas dan mudah dalam kedua-dua situasi yang sukar dan tidak dijangka. Skrin sentuh saiz khas itu direka untuk operasi yang menggunakan satu tangan dan sentuhan bersarung. Butang yang boleh diprogram membolehkan anda menyesuaikan pengalaman dengan keupayaan dan ciri-ciri yang paling anda perlukan. Ia menawarkan butang tekan untuk bercakap pelbagai guna yang direka untuk ibu jari anda dan membantu anda untuk berhubungan dengan kadar segera. PTC680 itu juga mempunyai sebuah kamera video untuk merakamkan tindakan dan berkongsi imej.

PTC680 menyokong kedudukan lokasi termaju dengan sokongan lima Sistem Satelit Navigasi Global: GPS, BDS, Galileo, GLONASS dan QZSS. Stesen pangkalan itu dan Wi-Fi juga boleh meningkatkan ketepatan kedudukan pada peranti itu. Disebabkan oleh kedudukan global yang canggih, PTC680 itu dapat merealisasikan penyambungan lancar di antara ruang dalaman dan luaran, dan mencapai pengesanan dan rakaman yang berterusan bagi kakitangan dan peralatan barisan hadapan.

PTC680 telah mengekalkan kualiti cemerlang bagi produk-produk Hytera. Ia mempunyai ciri-ciri IP68 kalis habuk dan air, dan standard MIL-STD-810G untuk ujian jatuh dan gegar. Satu peranti menggabungkan kedua-dua keupayaan jalur sempit dan jalur lebar dengan hanya mempunyai jumlah berat 325g, oleh itu ia sangat mudah untuk dibawa.

Pengeluaran PTC680 itu telah memperkayakan varian keluarga Hytera bagi radio termaju berbilang mod. Dengan berpegang teguh kepada falsafah Hytera iaitu "Respon & Mencapai", PTC680 sentiasa memberi tumpuan kepada misi kritikal untuk menyediakan kepada pelanggan industri dengan komunikasi yang boleh dipercayai, dan komited untuk membina sebuah platform moden dengan penyelesaian turnkey bagi memaksimumkan minat pelanggan.

Maklumat mengenai Hytera

Diwujudkan pada tahun 1993, Hytera didedikasikan untuk menyediakan penyelesaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian yang disesuaikan dan lengkap untuk kerajaan dan keselamatan awam, utiliti, pengangkutan, perusahaan & perniagaan bagi meningkatkan kecekapan organisasi dan menjadikan dunia lebih selamat. Pada tahun 2017, Sepura Group PLC (di United Kingdom) dan anak syarikatnya Teltronic S.A.U. (di Sepanyol) menjadi sebahagian daripada Hytera pada Mei, dan Norsat International Inc. (di Kanada) dan Bahagian Sinclair mereka menjadi sebahagian daripada Hytera pada Julai. 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190621005184/en/

Hubungi
Jean Shen 
Hytera Communications Corporation Limited 
+86 755 26972999 
jean.shen@hytera.com

Sumber : Hytera Communications Corporation Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.