ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PHUNWARE MENAWARKAN TOKEN UTILITI PHUN DI SELURUH DUNIA

Wednesday 26/06/2019



AUSTIN, Texas, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phunware, Inc. (NASDAQ: PHUN) (“Syarikat” itu), sebuah platform awan perusahaan yang bersepadu sepenuhnya untuk mudah alih yang menyediakan produk, penyelesaian, data dan perkhidmatan bagi jenama-jenama di seluruh dunia, mengumumkan bahawa token utiliti Phun kini tersedia untuk dibeli di pasaran antarabangsa.

“Phun adalah sejenis token utiliti baharu yang membolehkan komuniti antarabangsa untuk mengambil bahagian di dalam bursa data yang dibolehkan oleh blok rantai kami dan ekosistem kesetiaan mudah alih ketika kami memacukan ke arah penerimaan global arus perdana dan penyenaraian bursa masa hadapan.” kata Randall Crowder, Ketua Pegawai Operasi bagi Phunware.

Phunware adalah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Austin, Texas, dengan mempunyai 10 tahun kejayaan bekerja dengan organisasi-organisasi terbesar di dunia. Sama ada ia membolehkan permainan dan pengalaman filem yang mendalam untuk Paramount Pictures International, dengan memberi kuasa kepada perkakasan Juniper, Cisco atau HP Aruba bagi perkhidmatan lokasi yang dibolehkan oleh aplikasi atau menggabungkan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) seperti Epic atau Cerner bagi pengalaman pesakit dalam penjagaan kesihatan, skrin ganda Phunware sebagai satu penawaran Perkhidmatan (MaaS) telah membantu syarikat-syarikat Global 1000 menyeragam dan mengoptimumkan inisiatif penglibatan, pengurusan dan pengewangan mereka bagi peranti iOS dan Android serta penonton merentasi beratus ribu urus niaga aplikasi sesaat di seluruh dunia.

“Platform MaaS kami menjangkau ke lebih satu bilion peranti unik pada setiap bulan dan memproses purata lebih 4 bilion acara setiap hari di seluruh dunia,” kata Alan S. Knitowski, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Phunware. “Sebelum menjadi awam pada akhir tahun lalu, pelabur strategik utama kami termasuk Cisco Systems, Samsung, WWE dan PLDT, sementara set penyelesaian mudah alih kami menangani keperluan perisian, data dan aplikasi organisasi sejauh NFL, NASCAR dan Sukan Olimpik di dalam sukan kepada rakan setara dalam menegak termasuk peruncitan, hartanah, penjagaan kesihatan, teknologi, penerbangan dan perhotelan.”

Untuk mematuhi landskap pengawalseliaan semasa, Phunware baru-baru ini melancarkan  struktur dwi token mereka. Walaupun Phun merupakan sebuah token utiliti yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan aktiviti digital mereka ketika mereka terlibat di dalam tingkah laku yang menguntungkan dengan jenama-jenama, PhunCoin kekal sebagai satu token keselamatan yang mematuhi yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan identiti digital mereka dan menawarkan pemegang token sebuah dividen PhunCoin.

Memandangkan persekitaran pengawalseliaan semasa, Phun akan pada mulanya hanya  boleh didapati di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Pelabur di luar Amerika Syarikat dan Kanada boleh membeli Phun dengan mendaftar di  https://buy.phuntoken.com/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Phun, sila layari  https://www.phuntoken.com/ atau e-mel phun@phunware.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006051/en/

Hubungi

Pertanyaan Perhubungan Awam & Media: 
Brent Brightwell 
bbrightwell@phunware.com 
T: (512) 693-4199 sambungan 6604

Perhubungan Pelabur: 
Phunware, Inc. 
investorrelations@phunware.com 
T: (512) 693-4199

Sumber : Phunware, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.