BERN, Switzerland, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sidang Kemuncak Aplikasi Ekonomi Digital oleh S BLOCK telah diadakan dengan jayanya pada 26 Jun 2019 di Danang, Vietnam. Sidang kemuncak yang khusus ini telah dihoskan oleh S BLOCK Komuniti Vietnam, dianjurkan bersama oleh Magic Kingdom Club dengan kerjasama Top Market Group Finance dan Black Hole Finance media.
Baru-baru ini, disebabkan oleh kemunculan projek-projek berkualiti tinggi seperti S BLOCK, Vietnam telah sekali lagi melancarkan satu ledakan blok rantai, dan Vietnam telah mencapai titik paling tinggi mereka di dalam perhatian pasaran! Baru-baru ini, menurut sumber yang boleh dipercayai, S BLOCK Komuniti Vietnam telah mengadakan satu sidang kemuncak ekonomi yang penting di Vietnam pada akhir Jun. Lebih daripada 100 pemimpin industri, 500 ahli ekonomi dan media blok rantai yang terkenal, lebih daripada 2,000 elit industri merentasi seluruh dunia telah menghadiri acara tersebut. Tujuan utama bagi sidang kemuncak itu adalah untuk menggalakkan pembangunan industri itu, untuk meningkatkan pelancongan Vietnam, dan untuk bekerjasama dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai industri blok rantai. Menurut berita yang relevan, hasil daripada kemunculan projek-projek yang berkualiti tinggi seperti S BLOCK, Vietnam sekali lagi telah mengalami ledakan blok rantai!
Vietnam, sebuah negara yang mempunyai kelebihan dari segi geografi di Asia Tenggara, sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor industri (termasuk blok rantai) dan disenaraikan sebagai satu daripada negara yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Kelebihan geografi mereka yang unik juga menjadi pilihan pertama bagi projek-projek yang berkualiti termasuk S BLOCK untuk pelancaran bagi promosi itu.
Selepas sidang kemuncak pada 26 Jun itu, kebanyakan daripada pengunjung telah melancong di Da Nang, menerokai daya tarikan yang terkenal di dunia dan juga mengalami budaya di Vietnam. Kejayaan penganjuran sidang kemuncak itu telah membantu Vietnam meningkatkan kedudukan dan prestij mereka di arena dunia, dan memperolehi lebih banyak sentimen daripada orang asing, dengan itu menarik lebih banyak pelancong antarabangsa, bahkan daripada mereka yang tidak begitu mengenali Vietnam. Vietnam adalah sebuah pasaran yang sedang berkembang dengan dinamik yang sangat tinggi di dalam pertumbuhan ekonomi mereka dan blok rantai boleh menjadi satu perkara yang besar di Vietnam, kata penganjur sidang kemuncak itu petang ini.
Laporan rasmi S BLOCK Komuniti Vietnam.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190627005341/en/HubungiSBLOCK FOUNDATION PTE. LTD
Jennifer Bialek
contacts@sblock.com www.sblock.comSumber : S BLOCK
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.--BERNAMA