ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 13, 2024 -Isnin

 
  JENAMA HAIWAN PELIHARAAN MALAYSIA DAN SINGAPURA ANTARA 114 PEMENANG PADA EDISI ANIMALIS 2019 BAGI ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

Thursday 04/07/2019



VIENNA, 4 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi Animalis bagi Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij itu telah menyaksikan 114 jenama dari 38 buah negara dinamakan sebagai “Jenama Terbaik untuk Tahun ini” dalam satu majlis yang gilang-gemilang yang diadakan di Istana Hofburg di Vienna hari ini. Edisi Animalis itu bagi Anugerah itu memberi tumpuan kepada jenama binatang dan haiwan peliharaan.

Animal Planet, BuddyRest, FRONTLINE, FURminator, KONG, ORIJEN, Pedigree, Petplan, PURINA Friskies, Tetra dan Whiskas telah diumumkan sebagai pemenang global.

Pemenang serantau adalah Exo-Terra dan Fluval (Kanada), Vitakraft (Jerman), husse (Sweden), Kit Cat (Singapura), dan PetSmart (Amerika Syarikat).

Pemenang peringkat kebangsaan dari Malaysia termasuk MSIG (Insurans Binatang Peliharaan), PetAir Malaysia (Perkhidmatan Pelancongan Haiwan – Penempatan Semula) dan Powercat (Makanan Kucing – Kering / Makanan berbentuk pelet); sementara Mount Pleasant Veterinary Group (Hospital Veterinar), Pet Lovers Centre (Rantaian Kedai Haiwan Peliharaan) dan The Wagington (Hotel Mewah Haiwan Peliharaan) memenangi kategori masing-masing untuk Singapura.

Empat organisasi Kebajikan Haiwan – The David Sheldrick Wildlife Trust, FOUR PAWS International, The Jane Goodall Institute dan Humane Society International – juga diiktiraf di atas usaha gigih dan dedikasi mereka untuk memelihara dan melindungi haiwan dan habitat mereka.

Anugerah itu meraikan pencapaian beberapa daripada jenama terhebat di seluruh dunia. Secara unik, pemenang diadili melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan pengundian dalam talian awam. Setiap jenama dinamakan “Jenama Terbaik untuk Tahun ini” di dalam kategori masing-masing.

“Edisi Animalis bagi Anugerah itu merupakan satu pengiktirafan kepada usaha gigih pasukan-pasukan yang membina dan mengekalkan kehadiran jenama mereka dalam pasaran yang sentiasa berubah di dalam industri haiwan dan binatang peliharaan,” kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.
 
“Lebih daripada 95,000 pencinta haiwan dan binatang peliharaan dari seluruh dunia mengundi untuk lebih daripada 1,000 jenama. Pertandingan adalah sengit. Sebuah jenama yang baik perlu menawarkan suatu pengalaman yang bermakna kepada pelanggan mereka, dan pada masa yang sama kekal relevan dan mempunyai ciri-ciri tersendiri,” kata Julian Andersen, Pengarah Urusan bagi Forum itu.

Anugerah itu dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang khusus dalam memajukan standard penjenamaan di seluruh dunia. Ia menganjurkan dan menaja pelbagai bentuk program pendidikan, dan mempunyai kerjasama bersama dengan universiti dan muzium terkemuka. Forum itu berharap dapat meraikan Majlis Anugerah mereka ke-10, yang bakal diadakan pada musim sejuk ini di Istana Kensington, tempat kelahiran bagi Anugerah Branding Dunia.

Acara itu dikendalikan oleh Stuart Freeman dari Radio FM4 di Austria. Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh bagi pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.

Maklumat mengenai Anugerah Penjenamaan Dunia
 
Anugerah Penjenamaan Dunia adalah anugerah utama bagi Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Anugerah itu mengiktiraf pencapaian bagi beberapa daripada jenama terbaik di dunia. Terdapat tiga peringkat utama bagi anugerah itu – Anugerah Global dianugerahkan kepada jenama-jenama antarabangsa, Anugerah Serantau bagi jenama yang meliputi sebuah kawasan geografi, manakala Anugerah Kebangsaan diberikan kepada jenama-jenama menjadi sebutan ramai di negara asal mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://awards.brandingforum.org.

Hubungi
Hannah Tamara Lee 
Tel: +44 (0) 20 3743 9880 
hannah.lee@brandingforum.org

Sumber: Forum Penjenamaan Dunia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.