ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  WAKIL JENAMA-JENAMA YANG PALING DISUKAI DI ASIA BAGI GELOMBANG KOREA 2019 DIUMUMKAN

Wednesday 10/07/2019



SEOUL, Korea Selatan, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan wakil jenama-jenama yang utama bagi gelombang Korea 2019.

Jawatankuasa itu telah memilih jenama-jenama Korea yang terbaik yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan kualiti yang baik untuk pengguna dan mengumumkannya serentak merentasi saluran-saluran media utama di Asia, untuk memberikan maklumat yang tepat dan kepuasan kepada orang asing yang mencintai gelombang Korea.

Garosu-gil di Gangnam, Seoul dan Pulau Jeju telah dipilih sebagai wakil di dalam kategori pelancongan. Di dalam kategori industri, Samsung GalaxyHyundai Genesis, mesin basuh LG TROMM, dan Bacchus dari Dong-A Pharmaceutical mendahului yang lain.

Gedung Serbaneka Lotte  dan The Shilla Duty Free telah dipilih untuk kategori membeli-belah. Bagi wakil jenama hiburan, BTS, satu kumpulan pop lelaki yang sangat popular di kalangan penggemar gelombang Korea antarabangsa, Parasite (kategori filem) yang memenangi Palm d'Or di Cannes pada tahun ini, dan SkyWaterShow (kategori konsert dan pertunjukan) telah dipilih.

Amorepacific Sulwhasoo, LG Household dan Health Care The History of WhooJUNGSAEMMOOL Beauty, jenama estetik yang menyembuhkan derma dari  DNCOMPANY Esthemed, dan jenama  kosmeseutikal utama BELLANEZ De medicotem kesemuanya telah mengambil tumpuan di dalam kategori K-Kecantikan.

Olive Young di dalam kategori kesihatan dan kedai kecantikan, LG Pra.L di dalam peranti kecantikan rumah, dan KLINIK DIMARE di dalam kategori klinik muka telah masing-masing dipilih.

Jenama ginseng merah CheongKwanJang, satu daripada jenama makanan fungsian kesihatan Korea yang terkemuka, dan syarikat makanan fungsian kesihatan Frombio telah dipilih untuk kategori penjagaan kesihatan. Jenama yang paling menjadi pilihan di kalangan peminat gelombang Korea di dalam pembedahan plastik, Klinik Pembedahan Plastik BANOBAGI, dan Pusat Perubatan Samsung dalam kategori pemeriksaan kesihatan yang komprehensif masing-masing telah mendahului.

Dalam kategori K-Makanan, keluaran CJ Foods bibigoBinggrae Pisang Berperisa Susu, dan Nongshim Shin Ramyun telah dipilih sebagai jenama paling popular untuk setiap kategori. SINJEONTOPOKKI dan Buldak Ramen telah disenaraikan sebagai wakil bagi makanan berempah Korea, dan Kyochon untuk ayam goreng Korea.

Sulwhasoo, The History of Whoo, Samsung Galaxy, LG TROMM, BTS, bibigo, Buldak Ramen, SINJEONTOPOKKI, CheongKwanJang, Frombio, Pulau Jeju, SkyWaterShow telah dipilih untuk dua tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan daya tarikan mereka yang berkekalan kepada pengguna.

“Jenama Korea disukai oleh peminat antarabangsa bagi gelombang Korea yang melampaui Asia, dan nilai mereka berkembang dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti lebih tinggi,” kata Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wakil Jenama-jenama bagi Gelombang Korea 2019, sila layari http://brandstars.co.kr/.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/52009663/en


Hubungi

Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS (brandstars.co.kr
Ki-joo Kim +82-2-544-0153

Sumber : Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.