ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  SYARIKAT IT JEPUN MENYEPADUKAN PERISIAN STORAN OBJEK DENGAN KILAT CLOUDIAN UNTUK STORAN BERPRESTASI TINGGI DAN RENDAH KOS

Wednesday 10/07/2019



Penyelesaian Membolehkan Dwango untuk Mencapai Prestasi yang Lebih Cepat, Lebih Konsisten dan Memanfaatkan Keserasian Storan S3 Penuh untuk Pembangunan Aplikasi Video

SAN MATEO, Calif., 10 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Cloudian mengumumkan bahawa Dwango, sebuah syarikat telekomunikasi dan media Jepun yang terkemuka, telah menggunakan perisian storan objek HyperStore Cloudian dalam konfigurasi perkakasan semua kilat unik untuk memenuhi keperluan perkhidmatan penstriman video niconico yang semakin berkembang. Hasilnya, Dwango dapat menghantar balik aliran kerja pembangunan aplikasi daripada awan awam, memanfaatkan keserasian storan S3 penuh HyperStore dan mempercepat aliran kerja ini.

Permintaan Data yang Meningkat telah Menyerlahkan Kos dan Ketidakcekapan Silo Storan
Dwango ditubuhkan pada tahun 1997 untuk menyediakan perkhidmatan perancangan, pembangunan dan operasi permainan rangkaian. Pada tahun 2006, melalui pembangunan dan penyediaan pelbagai perkhidmatan kandungan, Dwango telah melancarkan perkhidmatan video niconico, salah satu perkhidmatan yang paling popular di Jepun.

Sebelum menggunakan Cloudian, Dwango membina dan mengendalikan penyelesaian storan individu untuk pelbagai perkhidmatan projek hiburan, termasuklah perkhidmatan niconico. Apabila data semakin berkembang dan permintaan untuk menggunakan data tersebut meningkat, Dwango mendapati terdapat kos storan yang lebih tinggi dan ketidakcekapan.

“Kami memerlukan penyelesaian bersepadu, boleh diskalakan dan mudah diurus untuk memastikan kos kekal rendah dan menyokong jejak storan kami yang berkembang pesat.” kata Toshiya Kato, pengurus bahagian stor data, jabatan perkhidmatan awan di Dwango.

Kato menentukan bahawa storan objek merupakan cara terbaik untuk menangani keperluan ini dan selepas menerokai pilihan berlainan, beliau memilih Cloudian. Satu daripada faktor utama keputusan ini dibuat ialah keserasian API S3 HyperStore.

“HyperStore amat menarik kerana keserasian API S3 asal penuh bermakna tiada lapisan penukaran protokol, menjadikannya mudah untuk dikonfigurasi dan untuk menyepadukan aplikasi berdasarkan S3 baharu pada masa hadapan.” kata Kato.

Menggabungkan Storan Objek dan Kilat untuk Storan Utama
Oleh sebab HyperStore ialah storan ditakrifkan perisian, Dwango melihat peluang untuk menyepadukannya dengan SSD dalam konfigurasi semua kilat yang boleh bertindak sebagai storan utama. Selepas ujian secara meluas yang mengesahkan HyperStore boleh memaksimumkan prestasi SSD, Kato dan pasukan beliau menggunakannya sebagai storan utama untuk imej ilustrasi niconico, imej kecil penyiaran langsung dan foto berita serta sebagai asas untuk tawaran storan-sebagai-perkhidmatan dalaman. Tawaran STaaS ini telah membolehkan pembangun aplikasi Dwango mengurangkan kebergantungan mereka terhadap awan awam dan mengelakkan prestasi tidak konsisten yang boleh berlaku. Hasilnya, syarikat telah mempercepat masa pembangunan aplikasi.

“Sejak menggunakan Cloudian, beban operasi dan kos storan telah berkurangan dengan banyak kerana kami dapat mengurus semua storan kami daripada satu tempat tunggal.” kata Kato. “Pada masa hadapan, kami menjangkakan data kami akan sekurang-kurangnya berganda dalam tempoh 1-2 tahun akan datang dengan permintaan kandungan turut meningkat. Dengan kebolehskalaan, kebolehurusan dan kefleksibelan HyperStore, kami yakin akan dapat berdepan dengan cabaran yang dihadapi dan memanfaatkan peluang yang menyusul.”

Tentang Cloudian
Cloudian ialah pembekal bebas sistem storan objek yang paling banyak digunakan, dengan keserasian S3 paling maju dalam industri dan ekosistem perkongsian yang meluas. Penyelesaian terunggul yang memenangi anugerah, HyperStore, menyediakan kebolehskalaan tanpa had dan teknologi seperti awan, kefleksibelan dan ekonomi dalam pusat data. Seni bina fabrik data global Cloudian membolehkan perusahaan menyimpan, mencari dan melindungi data objek dan fail secara lancar merentasi laman, pada premis dan pada awan awam, dalam platform tunggal dan disatukan. Ketahui lebih lanjut di www.cloudian.com.

Orang Hubungan Media
Jordan Tewell 
10Fold Communications
cloudian@10fold.com
+1 415-666-6066

Will McCurdy
Red Lorry Yellow Lorry
cloudian@rlyl.com
+44 (0) 20 7403 8878 

Sumber: Cloudian

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.