ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  MOBILEIRON MENAMAKAN JEROEN NOOIJEN SEBAGAI NAIB PRESIDEN BAGI JUALAN UNTUK ASIA PASIFIK DAN JEPUN

Thursday 11/07/2019



SINGAPURA, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MobileIron (NASDAQ: MOBL), syarikat yang telah memperkenalkan platform keselamatan perusahaan sifar amanah, berpusatkan mudah alih yang pertama di dalam industri itu, hari ini mengumumkan pelantikan Jeroen Nooijen sebagai Naib Presiden bagi Jualan untuk Asia Pasifik dan Jepun. Berpangkalan di Singapura, Jeroen bertanggungjawab ke atas strategi ke pasaran dan saluran MobileIron merentasi rantau itu, termasuk perikatan rakan, pemerolehan pelanggan dan operasi jualan.

Jeroen membawa bersama lebih 20 tahun pengalaman kepimpinan di dalam infrastruktur rangkaian perusahaan dan industri keselamatan dengan rekod prestasi yang terbukti di dalam membina pasukan-pasukan jualan yang berprestasi tinggi untuk mempercepatkan pengembangan pasaran. Sebelum pelantikan ini, Jeroen mengembangkan perniagaan MobileIron di Eropah, Timur Tengah dan Afrika melalui Benelux sebagai seorang pengarah dan paling terbaharu sebagai Naib Presiden bagi EMEA Utara, Barat dan Selatan. Beliau juga telah mengetuai pasukan jualan di Trapeze Networks dan Radware.

“Penambahan Jeroen, seorang pemimpin jualan teknologi yang sangat berpengalaman, kepada pasukan Asia Pasifik itu datang pada masa yang paling sesuai ketika MobileIron melancarkan strategi sifar amanah, berpusatkan mudah alih yang pertama di dunia yang menjadikan peranti mudah alih itu sebagai ID anda dan akses yang selamat kepada perusahaan itu,” kata Greg Randolph, Naib Presiden Kanan bagi Jualan di Seluruh Dunia di MobileIron. “Dilengkapi dengan pengalaman luas yang membantu perusahaan EMEA mengenali keperluan bagi satu penyelesaian gred perusahaan yang berpusatkan mudah alih sepanjang enam tahun yang lalu, kami yakin bahawa beliau akan mendorong penerimaan teknologi daftar masuk sifar MobileIron yang revolusioner yang sama sekali menghapuskan kata laluan di kalangan pelanggan Asia Pasifik kami.”

Jeroen memiliki ijazah di dalam Pentadbiran Perniagaan dari Fontys University of Applied Sciences di Belanda.

Maklumat mengenai MobileIron

MobileIron sedang mendefinisikan semula keselamatan perusahaan dengan platform sifar amanah, berpusatkan mudah alih yang pertama di dalam industri itu yang dibangunkan di atas asas pengurusan titik hujung yang disatukan (UEM) untuk mendapatkan akses dan melindungi data merentasi perimeter perusahaan. Lebih 17,000 pelanggan, termasuk institusi kewangan terbesar di dunia, agensi perisikan, dan syarikat-syarikat lain yang sangat dilaraskan, bergantung kepada MobileIron bagi membolehkan pengalaman pengguna yang lancar dan selamat dengan memastikan hanya pengguna, peranti, aplikasi dan perkhidmatan yang dibenarkan sahaja boleh mengakses sumber perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mobileiron.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190710005837/en/

Hubungi

MobileIron 
press@mobileiron.com

McGagh Communications bagi pihak MobileIron 
Elena Lim 
+65 6570 9139 
elena.lim@mcgaghcomms.com

Sumber : MobileIron

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.