ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN PAKEJ "PENGALAMAN UPACARA MINUM TEH DAN PENGINAPAN MEWAH UNTUK KELUARGA"

Wednesday 17/07/2019



TOKYO, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mula menawarkan satu pakej penginapan khas musim panas yang bertajuk “Pengalaman Upacara Minum Teh dan Penginapan Mewah untuk Keluarga” dari 20 Julai hingga 1 September, 2019. Pakej penginapan ini telah direka khas untuk memastikan keluarga dengan anak-anak mereka dihiburkan dengan menyediakan pengalaman kebudayaan yang unik mengenai upacara minum teh sebagai kenangan manis sempena percutian musim panas mereka di Hotel kami.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005325/en/

Bilik-bilik yang ditawarkan di dalam pakej penginapan ini adalah “Bilik-bilik Dua Katil Queen” yang sangat popular yang terletak di tingkat-tingkat kelab “Premier Grand” dengan kemudahan penggunaan Bilik Istirehat Kelab. Bilik-bilik itu disediakan dengan dua katil bersaiz queen berukuran 1.53 meter bagi membolehkan ibu bapa tidur dengan selesa bersama anak-anak mereka. Bilik-bilik tetamu kelab Premier Grand juga mempunyai bilik mandi dengan singki cuci tangan yang berasingan daripada kemudahan mandi dan tandas bagi memudahkan penggunaan oleh keluarga.

Dengan pakej tersebut, satu upacara minum teh akan mengajar mengenai tingkah laku dan etiket adat Jepun tradisional melalui hidangan teh yang disiapkan dengan teliti dan gula-gula Jepun yang halus. Selepas orang dewasa selesai belajar mengenai upacara minum teh, anak-anak akan diberi peluang untuk menyediakan sendiri teh hijau Jepun itu. Dan selepas semua orang telah menyempurnakan upacara teh itu, mereka akan diberikan sijil khas penyiapan. Pengalaman minum teh itu akan diadakan di Bilik Teh “Sho-Fu-An”, yang terletak di tingkat 10 Menara Utama dan dibuka pada tahun 1971. “Sho-Fu-An” telah beroperasi sebagai satu daripada beberapa kemudahan bilik teh asli di mana-mana hotel di Tokyo, dan menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar tetamu luar negara yang berminat di dalam upacara minum teh.

Arkib bagi Siaran Akhbar

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTube, Facebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005325/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo 
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010 
Pengurus Perhubungan Awam 
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.