ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  MYCREATIVE VENTURES MELABUR RM213.84 JUTA DI BAWAH PROGRAM PRIVATE DEBT DI DALAM 121 SYARIKAT DALAM SEKTOR KREATIF

Wednesday 17/07/2019



MyCreative Ventures telah berjaya membantu pertumbuhan dan pembangunan syarikat dalam industri kreatif negara

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Wilayah Persekutuan - Ketua Audit Negara telah mengeluarkan Laporan Audit Negara Tahun 2018 Siri 1 berkenaan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) pada 15 Julai 2019. Merujuk Inti Sari Laporan di mukasurat xvii perenggan 2.6(ii), penemuan utama Audit menyatakan bahawa geran Kerajaan untuk program Private Debt dan Private Equity berjumlah RM214.24 juta telah dilaburkan dalam pasaran wang tanpa mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).

Berdasarkan perkara di atas, pihak MyCV mendapati bahawa beberapa pihak telah membuat tafsiran yang kurang tepat berkenaan penemuan utama Audit tersebut.

Isu pertama: Tiada kelulusan MOF untuk melaburkan dana dalam pasaran wang

Aktiviti utama MyCV adalah menjalankan perniagaan modal teroka dalam bentuk pinjaman dan pelaburan kepada syarikat yang terlibat dalam industri kreatif negara. Salah satu program di bawah MyCV adalah Program Private Debt yang merupakan pemberian pinjaman dalam syarikat industri kreatif yang berkelayakan (rujukan mukasurat 43, perenggan 1.2).

Majoriti pinjaman yang diberikan adalah dalam bentuk Pusingan Kredit (Revolving Credit) (rujukan mukasurat 67, perenggan akhir) dimana peminjam diberikan satu nilai siling pinjaman untuk tempoh tertentu. Di dalam tempoh ini, peminjam boleh membuat pengeluaran wang dan membayar semula pinjaman mengikut keperluan tidak melebihi nilai siling pinjaman yang ditetapkan. Dengan erti kata lain, kemudahan ini bercirikan kemudahan kad kredit, di mana syarikat boleh menggunakan kemudahan berulang kali mengikut keperluan dalam tempoh yang telah ditetapkan. 

Sebagai contoh: 
 
Butiran Amaun (RM)
Jumlah Amaun Kemudahan (Facility Amount)1,000,000
Pengeluaran (Disbursement)500,000
Lebihan Dana
(Amaun kemudahan yang telah diluluskan tetapi belum
dibuat pengeluaran)
500,000
 
Lebihan dana ini dilaburkan dalam pasaran wang yang bersifat sementara kerana menunggu pihak peminjam membuat pengeluaran wang.
 
Pelaburan yang dibuat oleh MyCV terhadap lebihan dana yang diperuntukan adalah mengikut keutamaan daripada segi keselamatan prinsipal, kecairan prinsipal dan pulangan yang munasabah atas prinsipal. Keputusan ini adalah merujuk kepada SOP Treasury yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Audit serta dimaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah. Hasil pendapatan daripada aktiviti perbendaharaan ini membolehkan  syarikat menampung kos operasi di mana tiada peruntukan perbelanjaan pengurusan operasi dimohon daripada MKD sepanjang tempoh penumbuhan syarikat (rujukan mukasurat 76, perenggan akhir).

Pihak MKD juga telah menyatakan bahawa pelaburan lebihan dana ini ke dalam pasaran wang tidak bercanggah dengan kelulusan MOF (rujukan mukasurat 77, perenggan pertama). 
 
Isu kedua: Dana tidak dilaburkan kepada industri kreatif tetapi dalam pasaran wang

MyCV telah meluluskan sejumlah RM213.84 juta di bawah program Private Debt kepada 121 buah syarikat dalam sektor kreatif (rujukan mukasurat 43 peranggan 1.2).

Menurut Laporan Audit juga, secara keseluruhannya sehingga bulan Disember 2018, program Private Debt telah diuruskan dengan cekap kerana dua (2) KPI yang ditetapkan iaitu bilangan kelulusan permohonan dan jumlah pembiayaan mencapai purata sebanyak 109.3% dan 111.1% masing-masing bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2018 (rujukan mukasurat 47 perenggan 5.1(c)(i)).

Pihak Audit juga mendapati program yang dijalankan oleh MyCV telah berjaya membantu pertumbuhan dan pembangunan syarikat dalam industri kreatif negara (rujukan mukasurat 47 perenggan 5.1(c)(i)). 

Latar belakang

MyCreative merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan yang bermatlamat untuk meningkatkan industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi menerusi pelaburan kewangan strategik dan inovatif sama ada dalam bentuk ekuiti ataupun pinjaman.

Butiran lanjut boleh didapati daripada www.mycreative.com.my 

Sumber: MyCreative Ventures Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Gina Subki
Hal Ehwal Korporat, MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
Tel: 03 7712 7212 / 012 3177366
Faks: 03 7733 7604
Emel: pr@mycreative.com.my

Nama: Nadia Muadzam

Hal Ehwal Korporat, MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
Tel: 03 7712 7212 
Faks: 03 7733 7604
Emel: pr@mycreative.com.my


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.