ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  ​ARAB SAUDI BERHASRAT MEMBINA LANDASAN UJIAN GELUNGHIPER JARAK JAUH PERTAMA DI DUNIA DENGAN KERJASAMA VIRGIN HYPERLOOP ONE

Wednesday 24/07/2019



Dijangkakan akan Mewujudkan Impak Ekonomi dan Pekerjaan yang Agak Besar, Economic City Authority Kerajaan Arab Saudi Akan Meneroka R&D, Menguji dan Memajukan Kemudahan Pengeluaran untuk Menjadikan Gelunghiper sebagai Realiti di Timur Tengah

LOS ANGELES, 24 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Hyperloop One, satu-satunya syarikat gelunghiper di dunia yang berjaya menguji teknologi gelunghipernya pada skala, hari ini telah mengumumkan kerjasama pembangunan dengan Economic City Authority (ECA) Arab Saudi untuk menjalankan kajian bagi membina landasan gelunghiper ujian dan pensijilan terpanjang di dunia, serta pusat kajian dan pembangunan, dan kemudahan pengeluaran gelunghiper di utara Jeddah.

Pengumuman hari ini berlangsung pada minggu ini di ibu pejabat Virgin Hyperloop One di Los Angeles semasa lawatan dari perwakilan kanan Economic City Authority Arab Saudi, yang diketuai oleh Setiausaha Agung Mohanud A. Helal.Kajian ini akan berfokus pada King Abdullah Economic City (KAEC), yang terletak 100 kilometer utara dari pelabuhan Laut Merah Jeddah.Projek ini, yang akan merangkumi landasan ujian dan pensijilan 35 kilometer, akan mewujudkan peluang untuk pembangunan bagi teknologi gelunghiper yang khusus dan membangunkan kepakaran tempatan di Arab Saudi yang dikomersialkan dan diskalakan.Kajian ini juga akan memudahkan pembangunan rantai bekalan gelunghiper yang disetempatkan dan pencepatan gugusan inovasi merentasi Kerajaan Arab Saudi.

“Kerjasama kami dengan Virgin Hyperloop One ialah kebanggaan kami dan seluruh Arab Saudi,” kata Setiausaha Agung Mohanud A. Helal.“Sambil kami terus membantu untuk menyampaikan matlamat strategik Wawasan 2030, pemindahan teknologi dan peluang pewujudan pekerjaan teknologi tinggi yang dibawa oleh perhubungan ini adalah penting kepada kemajuan kami sebagai sebuah negara dan usaha kita untuk mewujudkan peluang untuk warga muda dan bijak kami.Memiliki gelunghiper di King Abdullah Economic City akan bertindak sebagai pemangkin kesan Lembah Silikon Arab Saudi dan merangsangkan pembangunan perisian kami, penyelidikan teknologi tinggi dan industri pengeluaran,” tambah beliau.

Selaras dengan pelaksanaan Kajian, Prince Mohammad bin Salman College of Business and Entrepreneurship akan bekerjasama pada penghasilan dan penerbitan kertas akademik yang menggariskan impak ekonomi yang dibawa Hyperloop Center of Excellence di KAEC.Selain itu, pakar dari King Abdullah University of Science and Technology (KAUST) akan melawat kemudahan pengujian Virgin Hyperloop One di Nevada untuk menjalankan penilaian teknikal, diikuti dengan penerbitan kertas akademik.

“Dengan Wawasan 2030, Kerajaan Arab Saudi telah mempamerkan kepimpinan berani untuk memajukan penyelesaian yang mengubah keadaan.Sistem gelunghiper boleh membantu untuk mendayakan Arab Saudi untuk menjadi peneraju pengangkutan global, memupuk budaya inovasi dan keusahawanan negara, dan membangunkan tenaga kerja berpengetahuan inovatif,” kata Jay Walder, CEO, Virgin Hyperloop One.“Saya menantikan kerjasama ini dengan rakan kongsi kami yang berwawasan di Kerajaan Arab Saudi untuk menjadikan teknologi ini sebagai penyelesaian pengangkutan awam.”

“U.S.-Saudi Arabian Business Council mengucapkan tahniah kepada Economic Cities Authority dan Virgin Hyperloop One atas inisiatif demi masa depan pembangunan dan pergerakan yang bersejarah di Kerajaan Arab Saudi,” kata Abdallah S. Jum’ah, Pengerusi Bersama Saudi, U.S.-Saudi Arabian Business Council dan Mantan CEO, Saudi Aramco.

Teknologi Virgin Hyperloop One menampilkan tiub dinyahmampat yang membawa penumpang atas permintaan atau “pod” kargo pada kelajuan sehingga 1080 kilometer sejam.Dengan kelajuan yang tiga kali lebih pantas daripada landasan kelajuan tinggi dan atas permintaan, pengalaman terus ke destinasi, teknologi gelunghiper boleh mengurangkan masa perjalanan merentasi Arab Saudi, meningkatkan kesambungan merentasi secara eksponen bukan sahaja merentasi negara tetapi di seluruh Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC), yang merangkumi negara-negara Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, dan Oman.Perjalanan dari Riyadh ke Jeddah akan mengambil masa 76 minit (melebihi 10 jam buat masa ini) menggunakan jambatan darat untuk kedua-dua penumpang dan pemindahan barang, meletakkan Arab Saudi sebagai get laluan kepada tiga benua.Perjalanan dari Riyadh ke Abu Dhabi akan mengambil masa 48 minit (melebihi 8.5 jam buat masa ini).

Aset Media 
Aset media Virgin Hyperloop One boleh ditemui di sini.

Tentang Virgin Hyperloop One
Virgin Hyperloop One ialah satu-satunya syarikat di dunia yang telah berjaya menguji teknologi gelunghipernya pada skala, melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun.Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada.Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad.Syarikat ini mempunyai beberapa projek yang sedang berlangsung di Missouri, Texas, Colorado, Barat Tengah Amerika, India, KSA, dan UAE.Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek yang sedang berlangsung Virgin Hyperloop One di sini.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e746dc58-3cc2-486d-a975-717b1bce0068

Orang Hubungan Media
Virgin Hyperloop One
Ryan Kelly
Ketua Pemasaran dan Komunikasi
press@hyperloop-one.com
Tel:+1-610-442-1896

Sumber: Virgin Hyperloop One

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.