ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  CHENGDU MENERUSKAN USAHA MEREKA UNTUK MENJADI SEBUAH BANDAR RAYA DUNIA BAGI ACARA-ACARA SUKAN

Friday 26/07/2019



AsiaNet 79852

CHENGDU, China, 26 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia ke-18 (selepas ini dirujuk sebagai WPFG) akan diadakan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu dari 8 hingga 18 Ogos 2019. Sehingga kini, terdapat atlet dari 34 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, mendaftar di laman web rasmi itu untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan itu.

WPFG adalah sebuah acara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun, ia diadakan untuk menggalakkan bina badan di kalangan anggota polis dan ahli bomba. WPFG yang pertama telah diadakan pada tahun 1985 di San Jose, California.

Ketika ditanya mengapa Chengdu dipilih untuk acara tahun ini, Danny Burdikter, seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Persatuan WPFG, berkata, “Sememangnya terdapat banyak bandar raya yang telah mengemukakan permohonan mereka untuk bida itu. Akhirnya, kami mendapati melalui penyiasatan bahawa Chengdu mengatasi bandar raya lain dengan semangat, komitmen, profesionalisme dan penyediaan tempat mereka yang lebih tinggi. Sejak tahun 2011, saya telah membuat tujuh kunjungan ke bandar raya itu dan menyaksikan pertumbuhan mereka yang mendadak. Bandar raya itu menonjol secara semulajadi.”

“Memandangkan ia merupakan kali pertama WPFG beraksi di Asia, kami ingin melibatkan lebih banyak negara dan bandar raya di dalam acara tersebut. Dengan budaya yang menarik dan hidangan makanan yang terkenal di dunia, Chengdu akan menarik begitu ramai pengunjung dari negara-negara dan wilayah di sekeliling. Menganjurkan acara ini di Chengdu mempunyai signifikan yang strategik,” tegas Danny.

Malahan, selain daripada WPFG, Chengdu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan yang bertaraf dunia, seperti Sukan Universiti Sedunia (Universiade) Musim Panas 2021 dan Sukan Dunia 2025. Sebagai satu daripada bandar raya tertua di China (ketamadunan selama 4,500 tahun dan 2,300 tahun bagi sejarah bandar raya), Chengdu telah lama terkenal dengan panda mereka yang montel dan makanan berempah yang mengecurkan air liur. Pembangunan mereka dalam tahun-tahun kebelakangan ini benar-benar mengagumkan dunia. Pada World City Register 2018 yang diterbitkan oleh agensi penarafan bandar raya autoritatif itu, Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC), pada November 2018, Chengdu menduduki tempat ke-71 di kalangan calon-calon global, di belakang Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen di tanah besar China.
 
Pembangunan sukan yang berkembang pesat menandakan satu tanda jelas mengenai kemunculan bandar raya yang indah itu. Walaupun bandar raya itu sedang berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan dirinya sebagai sebuah bandar raya sukan yang terkenal di dunia, 2018 sahaja telah menyaksikan pengakhiran yang berjaya bagi 21 acara sukan antarabangsa yang utama di Chengdu, termasuk ITU Triatlon Piala Dunia, FIBA ​​3x3 Chengdu International Challenge Match, Jelajah Elit Badminton Asia, Terbuka Chengdu (Kejohanan Tenis ATP 250) dan Junior Masters ITF.

Menurut perancangan itu, akan ada 67 acara sukan antarabangsa yang diadakan di Chengdu dari tahun 2018 hingga 2020, termasuk 50% di kejohanan peringkat antara benua atau yang lebih tinggi dan 40% bagi jenama-jenama yang dimiliki sendiri dan ciri-ciri budaya tempatan.

Bandar raya Tianfu Aoti, yang telah memulakan pembinaan, mempunyai jumlah keseluruhan kawasan yang dirancang kira-kira 85 kilometer persegi. Ia adalah merupakan projek teras untuk memperkukuhkan usaha Chengdu dalam membina sebuah bandar raya sukan bertaraf dunia. Seperti yang digariskan di dalam perancangannya, Bandar raya Tianfu Aoti direka sebagai sebuah tempat acara untuk kecergasan dan rekreasi, sukan dan pelancongan, latihan sukan, dan pemulihan dan rawatan perubatan. Ia juga membuka jalan bagi Chengdu untuk menjadi tuan rumah kepada lebih banyak acara bertaraf dunia di masa hadapan.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa kerajaan tempatan telah menggabungkan kecergasan nasional ke dalam agenda bagi pembangunan industri sukan. Tianfu Greenway yang separa siap telah menjadi pilihan bagi penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti kecergasan dan riadah, dan bagi mengadakan acara-acara sukan tertentu. Terungkap di dalam maklumat yang diberikan publisiti, acara-acara seperti bola tampar pantai dan bola lisut baling perlahan bagi WPFG tahun ini akan dijalankan di Tianfu Greenway.

Tianfu Greenway menandakan sistem greenway yang terpanjang di dunia dengan jumlah keseluruhan yang dirancang sepanjang 16,930 kilometer. Greenway itu dan kemudahan sokongannya dijadual disiapkan pada tahun 2035.

Apa lagi, rangkaian penerbangan yang dilindungi di seluruh dunia juga meningkatkan kemajuan bandar raya itu untuk menjadi sebuah “bandar raya dunia bagi acara-acara sukan”. Dengan 116 laluan antarabangsa (serantau) yang tersedia pada masa ini, Chengdu adalah satu-satunya bandar raya di Barat Daya China yang memperluaskan akses udara mereka ke lima benua di dunia. Lapangan terbang kedua di Chengdu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu, juga dijangka siap dan beroperasi pada separuh pertama tahun 2021. Pada masa itu, Chengdu akan menjadi bandar raya ketiga di tanah besar China yang mempunyai dua buah lapangan terbang.

Bercakap tentang penganjuran Universiade Musim Panas ke-31 pada tahun 2021, Matytsin, Pengerusi bagi Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa, berkata, “Chengdu mempunyai infrastruktur yang sangat baik dan universiti dan pelajar universiti yang sangat besar. Mereka bekerja keras dan profesional, dan mempunyai pemahaman yang baik tentang Universiade. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.”
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.