ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARATON PERMAINAN HUNGER HEROES GTARCADE SUDAH BERADA DI SINI

Monday 29/07/2019



Pemain-pemain sudah bersiapsiaga, bersedia dan akan berkongsi banyak makanan sebagai membantu Program Makanan Sedunia

Table
GTarcade Hunger Heroes adalah satu maraton permainan amal yang dianjurkan oleh GTarcade dalam usaha memerangi kelaparan dan kebuluran. (Grafik: Business Wire)


SHANGHAI, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YOOZOO Games sedang menggerakpanaskan badan untuk satu maraton permainan epik pada bulan hadapan, ketika pemain-pemain dari seluruh dunia bersiap sedia untuk menjadikan usaha pada skrin mereka bertukar menjadi makanan; kesemuanya sebagai menyokong perjuangan WFP terhadap isu kelaparan di beberapa kawasan paling terdedah di dunia.

Penggemar permainan akan dapat menikmati ciri-ciri dan acara-acara permainan eksklusif semasa inisiatif selama satu minggu itu; dengan penyertaan mereka akan membantu untuk mengumpulkan dana penting yang diperlukan untuk Program Makanan Sedunia. Kaedahnya adalah mudah: semakin banyak anda bermain, semakin banyak YOOZOO menghulurkan sumbangan. #GTarcadeHungerHeroes adalah satu gesaan daripada GTarcade untuk mengalami, untuk berkongsi dan membuat lebih ramai orang sedar mengenai kewujudan isu kelaparan — dengan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti amal yang menyeronokkan yang akan membantu WFP di dalam misi mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan.

YOOZOO Games berkata “Selama 10 tahun kami sangat bernasib baik untuk membawa kegembiraan yang mudah kepada berjuta-juta orang di seluruh pelusuk dunia, melalui permainan video. Sokongan yang kami terima daripada peminat setia kami telah membolehkan kami untuk menyokong pelbagai isu yang penting. Pada tahun ini, kami mahu memperluaskan usaha dan membantu dalam memberikan sokongan segera kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.”

Untuk maraton GTarcade, YOOZOO telah mewujudkan satu laman pasukan di laman ShareTheMeal Program Makanan Sedunia. Semua wang yang dikumpulkan akan membantu projek-projek WFP yang penting dalam menangani masalah kelaparan, menggalakkan keselamatan makanan, dan menyediakan bantuan makanan.

Saksikan treler bagi maraton permainan itu di sini.
 
Terdapat tiga cara yang anda boleh libatkan diri dengan acara Hunger Heroes GTarcade dan membantu mengumpulkan wang di dalam usaha mengatasi isu kelaparan:

1) Twit sekeping gambar makanan anda yang tersenyum dengan hashtag atau tanda pagar #GtarcadeHungerHeroes. Untuk setiap twit yang anda hantar, YOOZOO Games akan mendermakan satu hidangan makanan kepada WFP.

2) Sertai di dalam maraton permainan GTarcade. Dari 12 hingga 18 Ogos, untuk setiap jam bermain secara langsung YOOZOO Games akan menyumbangkan satu hidangan kepada WFP. Sebagai tambahan ‘bonus maraton’ — 2 jam bermain secara langsung akan juga diberikan ganjaran dengan duit syiling $10 dalam permainan, sementara lebih dari 12 jam akan menghasilkan duit syiling dalam permainan bernilai $100 dolar.

3) Dapatkan ciri-ciri dalam permainan eksklusif dengan menyertai Maraton Permainan Hunger Heroes. Kumpulkan empat peti harta karun atau sayap dalam permainan, yang boleh ditukarkan dengan satu sumbangan makanan kepada Program Makanan Sedunia. Pemain-pemain kemudian dapat melihat watak-watak kegemaran mereka itu menukarkan item-item tersebut menjadi makanan untuk kempen ShareTheMeal Program Makanan Sedunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu sila layari halaman rasmi di sini: https://pact.gtarcade.com/en/hungerHeroes.html

Sertai di dalam perbualan di Twitter dan Facebook dengan tanda pagar  #GTarcadeHungerHeroes
Sertai maraton permainan di GTarcade: https://www.gtarcade.com/ 
Baca lebih lanjut mengenai Program Makanan Sedunia di sini: https://www1.wfp.org/

Maklumat mengenai YOOZOO Games

YOOZOO Games adalah sebuah syarikat hiburan global yang mengkhususkan diri di dalam pembangunan dan pengedaran permainan. Syarikat itu beribu pejabat di Shanghai dengan mempunyai pejabat di London, Berlin, Hong Kong, Singapura, dan bandar raya-bandar raya utama yang lain. Sejak penubuhannya pada tahun 2009, YOOZOO telah melancarkan pelbagai produk yang sangat berjaya seperti Legacy of Discord – Furious Wings dan League of Angels, dan telah menjalin satu rangkaian pengedaran global yang mantap.

Laman Rasmi http://www.yoozoo.com/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52016370/en

Hubungi

Sean Young 
Pengurus Perhubungan Awam Luar Negeri di Yoozoo Games
SeanAY@yoozoo.com

Sumber : YOOZOO Games

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.