|
|
|
|
|
|
KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN PAMERAN KEBUDAYAAN "KEKAL DINGIN DI MUSIM PANAS - KEBIJAKSANAAN DAN KECANTIKAN JEPUN"
Wednesday 31/07/2019
Harta kebudayaan yang tidak ketara yukata "nagaitachugata", kimono kasual, dengan menggunakan pewarna biru nila akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran kebudayaan yang bertajuk "Kekal Dingin di Musim Panas - Kebijaksanaan dan Kecantikan Jepun". (Foto: Business Wire) |
TOKYO, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu pameran kebudayaan bertajuk “ Kekal Dingin di Musim Panas – Kebijaksanaan dan Kecantikan Jepun” dari 8 Ogos (Khamis) hingga 25 September (Rabu), 2019 untuk memaparkan bagaimana rakyat Jepun menggunakan kebijaksanaan dan perasaan kecantikan estetik mereka untuk kekal merasa dingin semasa melalui bulan-bulan pada musim panas. Yukata yang penuh dengan hiasan (kimono kasual), kipas, kincir angin, tuala tangan, seni ikan emas, kaca ukir “Edo Kiriko” dan barangan lain yang berkait rapat dengan musim panas dan alam semula jadi, barangan ini akan dipaparkan untuk menunjukkan mengenai gaya hidup musim panas dalam pelbagai tempoh dalam sejarah Jepun. Kami akan memaparkan harta kebudayaan yang tidak ketara yukata “Nagaitachugata” yang menggunakan pewarna biru nila. Juga perkhidmatan pengalaman yukata kami disediakan untuk tetamu untuk mencuba pada sepanjang tahun. Tempahan bagi Yukata boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Hotel itu. Kuasa bayu nyaman musim panas yang menyegarkan diwakili dalam kipas-kipas bulat uchiwa dan kipas sensu yang berlipat. The Ibasen Co., Ltd., yang ditubuhkan pada tahun 1590, akan menyediakan pelbagai kipas yang dicetak dengan menggunakan cetakan warna Jepun “Ukiyo-e”. Dan Hataman Toen Ltd. pembuat seramik gaya Imari Nabeshima yang sangat berharga akan menyediakan kincir angin untuk dipamerkan. Encik Yuzo Eto akan mempamerkan “seni lakuer” yang menggambarkan ikan emas yang berenang, dan Todaya Shouten Co., Ltd., yang ditubuhkan pada tahun 1872 dan meneruskan pewarna tradisional “Rien Zome” yang menggambarkan Edo (Tokyo Lama) yang penuh bergaya, akan memaparkan tuala tangan artistik mereka. Pinggan mangkuk meja kaca ukir “Edo Kiriko” diiktiraf secara meluas kerana nilai artistik mereka sebagai satu daripada kraftangan tradisional Jepun. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005240/en/HubungiKeio Plaza Hotel Tokyo Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010 Pengurus Perhubungan Awam keiko-kawashima@keioplaza.co.jpSumber : Keio Plaza Hotel Tokyo Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|